10 Haiwan paling pelik dan aneh di dunia

Korang sebelum ni hanya lihat haiwan yang biasa dikenali...tapi kali ni yang pelik sikit, senarai haiwan paling pelik dan aneh di dunia.

1. Star-nosed mole's snout 

Star-nosed mole’s snout mempunyai 22 tentakel berdaging yang digunakan untuk mengesan makanan dengan sentuhan. Kadang kala dijumpai di Amerika Utara, ia tinggal di kawasan tanah rendah yang lembab dan memakan invertebrata kecil, serangga akuatik, cacing dan moluska.

2. Hispaniolan solenodon

Hispaniolan solenodon, berupa pelik yang seakan-akan tikus dengan muncung panjang dan gigi istimewa yang beracun. Hanya dua spesis solenodon yang wujud pada hari ini, satu di Haiti dan satu lagi di Cuba.

3. Seapigs 
Seapigs , hidup di dasar laut dan memakan lumpur-lumpur.

4. Blobfish 
Blobfish , adalah jisim bergelatin dengan ketumpatan yang sedikit kurang dari air yang dia tempati. Ini membantunya untuk mengekalkan diri terapung. Berlegar-legar hanya di atas lantai laut.

5. Yeti crab 
Dijumpai pada tahun 2005 di Lautan Pasifik Selatan, makhluk ini digelar sebagai “yeti lobster” atau “yeti crab”. Ianya tinggal pada kedalaman 2,200 meter di lubang-lubang hydrothermal sepanjang Pacific-Antarctic.

6. White turtle 
Penyu putih (white turtle), menonjol dalam kebudayaan Cina.

7. Jerboa 
Jerboa telinga panjang (long eared jerboa) adalah haiwan pengerat seperti tikus yang keluar malam hari di padang-padang pasir China dan Mongolia. Ia mempunyai ekor yang panjang, kaki panjang dan telinga yang sangat besar.

8. Aye-aye 
Aye-aye , agak sama perangainya dengan burung belatuk (woodpecker), ia mengetuk-ngetuk pokok untuk mencari makanan. Apabila ia dapat mengesan makanan, ia akan gunakan giginya yang seperti haiwan pengerat untuk menggerogot lubang dan menggalinya dengan jari tengahnya yang panjang.

9. Saiga 
Saiga biasanya terlebih besar dan fleksibel. Hidungnya dapat menghangatkan udara di musim panas dan menapis debu pada musim panas.

10. Hagfish 
.
Dengan pemakanan mereka yang luar biasa dan keupayaan mengeluarkan lendir,Hagfish digelar sebagai makhluk lautan yang paling menjijikkan.

0 comment... add one now