10 Fakta nama domain paling mahal dijual di internet

Kita semua tahu bahawa menjual nama domain adalah salah satu perniagaan di mana anda boleh membuat wang hanya dengan menjual nama-nama domain yang unik dan popular. Namun pernahkah anda terfikir bahawa nama domain mampu mencecah jutaan ringgit nilainya di pasaran. Saya pasti anda akan terkejut dengan fakta-fakta berikut. 
Di sini saya senaraikan senarai 10 domain yang paling mahal pernah terjual di internet.
Insure.com dibeli oleh sebuah syarikat pemasaran Internet iaitu Quinstreet pada akhir tahun 2009 dengan harga $16,000,000.
2. Sex.com
Dengan nilaian $14 juta US Dollar, nama domain ini adalah yang paling mahal terjual sehinggalah pada akhir tahun 2009.
Dijual pada tahun 2008 dengan harga $9,999,950
4. Porn.com
Tidak mengejutkan sama sekali. Jika sex.com menggungguli carta termahal, Porn.com ini dijual dengan harga sebesar $ 9,500,000 pada tahun 2007.
Website yang sedang digunakan sebagai mesin carian berkaitan perniagaan dan untuk iklan program. Sudah dijual dengan harga $ 7,500,000 pada tahun 1999.
Bak kata pepatah Inggeris, “Berlian adalah kekasih para wanita”, domain ini dijual dengan harga $ 7,500,000.
Amat mengejutkan!! Nama domain seperti alcohol.com, wine.com, vodka.com adalah merupakan salah satu nama domain terlaris. Beer.comini dijual dengan harga setinggi $ 7,000,000.
Merupakan nama domain dengan nama negara dalam senarai yang terjual dengan harga setinggi $ 5,880,000 pada tahun 2004.
Tersenarai sebagai nama domain ke 9 popular dengan nilai jualannya setinggi $ 5,500,000.
10. Toys.com
Dibeli oleh syarikat permainan gergasi dunia ToysRUs dengan harga $5,100,000 pada tahun 2009.
Nah, begitulah senarai 10 nama domain termahal yang pernah dijual di pasaran. Nampaknya ianya berkaitan dengan bisnes, wanita, seks, arak dan judi yang sememangnya telah popular sejak zaman berzaman. Anda juga boleh layari laman ini untuk senarai lain.

0 comment... add one now