10 Bandaraya paling tidak selamat di dunia tahun 2015


OLYMPUS DIGITAL CAMERA









Majalah berpengaruh antarabangsa, The Economist juga pada Rabu menerbitkan artikel terkini menamakan Jakarta sebagai bandar paling tidak selamat di dunia dalam senarai 50 kota terbesar menerusi Indeks Bandar Raya Selamat 2015.

Kedudukan itu hasil penyelidikan Unit Perisikan The Economist (EIU) melibatkan 40 petunjuk kualitatif dan kuantitatif mengikut pebagai tema antaranya tahap keselamatan digital, kesihatan, prasarana awam dan persepsi penduduk.

Indikator penilaian itu juga meliputi kos perbelanjaan masyarakat dalam isu keselamatan dan kadar kemalangan jalan raya selain usaha pihak berkuasa tempatan mengurus bajet secara kreatif bagi mewujudkan suasana persekitaran bandar selamat.

Ibu negara Jepun, Tokyo muncul sebagai bandar paling selamat di dunia diikuti Singapura namun, tiada bandar dari Malaysia termasuk dalam senarai tersebut, manakala ibu kota ASEAN lain cuma Bangkok ada dalam indeks untuk kedudukan ke-39. – Agensi

10 Bandar Raya Paling Selamat:

1. Tokyo, Jepun
2. Singapura
3. Osaka, Jepun
4. Stockholm, Sweden
5. Amsterdam, Belanda
6. Sydney, Australia
7. Zurich, Switzerland
8. Toronto, Kanada
9. Melbourne, Australia
10. New York, Amerika Syarikat

10 Bandar Raya Paling Tidak Selamat

41. Istanbul, Turki
42. Delhi, India
43. Moscow, Rusia
44. Mumbai, India
45. Mexico City, Mexico
46. Riyadh, Arab Saudi
47. Johannesburg, Afrika Selatan
48. Ho Chi Minh City, Vietnam
49. Teheran, Iran
50. Jakarta, Indonesia

0 comment... add one now