10 Bandar terbaik di dunia tahun 2016 pilihan Rough Guides

Adakah anda sedang merancang percutian bagi tahun 2016 tetapi masih keliru dengan destinasi pilihan anda? 

Portal Rough Guides baru-baru ini mengeluarkan senarai 10 pilihan bandar terbaik di dunia. 

Adakah negara kegemaran anda antara pilihan yang popular?

Ini senarai yang menjadi pilihan portal Rough Guides.


1. Reykjavik, Iceland
ICELAND
Kredit Gambar: : flickr - Didier Jansen

Kebanyakan bilangan pelancong dikatakan melancong ke Reykjavik kerana seni bina bangunan yang cukup menakjubkan serta aktiviti malam yang menyeronokkan.

Malah, keajaiban alam semulajadi juga menjadi antara punca tarikan pelancong.
 

2. Mexico City, Mexico
MEXICO
Kredit Gambar: Kasper-Christense

Walaupun ramai sering ragu dengan keselamatan bandar ini, tetapi menurut Rough Guides, Mexico City merupakan sebuah destinasi yang selamat untuk dikunjungi.

Hal ini kerana, ibu kota yang sibuk serta ekonomi yang kukuh boleh menjadikan destinasi ini selamat dan menyeronokkan. 

Malah, ia mempunyai persekitaran yang mesra serta budaya yang menarik.


3. Seoul, South Korea
SEOUL
Kredit Gambar: flickr - Román Emin
 
Menurut Rough Guides, jika anda tidak pernah melawat pusat budaya pop Asia ini, ia adalah masa untuk anda merancang percutian ke Seoul. 

Menurut laporan portal tersebut, Seoul merupakan sebuah destinasi yang penuh dengan kemasyuran yang sebahagian besar dunia masih mula diterokai.
SEOUL
Kredit Gambar: Bridget Coila
 
Bukan sahaja mempunyai kafe bergaya, bandar ini juga merupakan pusat kepada kewujudan restoran-restoran tersembunyi yang menawarkan kedua-dua masakan tradisional serta masakan fusion.


4. Ljubljana, Slovenia
SLOVENIA
Kredit Gambar: flickr - gilad rom

Ljubljana dikenali sebagai pemenang bandar Eropah yang mesra alam pada tahun 2016.

Jika anda merupakan yang seorang'eco-friendly', jadi destinasi ini akan menjadi pilihan yang terbaik.

Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat Ljubljana dikatakan menggunakan basikal sebagai pengangkutan mereka serta mengamalkan budaya 'car-free' demi menjaga kesejahteraan alam sekitar. 

Pelancong juga dapat mencari makanan murah yang sedap serta penginapan bajet yang berkualiti.


5. Wroclaw,Poland
POLAND
Kredit Gambar: flickr - emmanuel-dyan

6. Nashville, USA
USA
Kredit Gambar: flickr - Jason mrachina

Menurut Rough guides, Nashville merupakan salah satu daripada bandar-bandar yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat.

Destinasi konservatif ini telah mengalami lonjakan besar di kalangan golongan profesional muda yang telah membawa kehidupan baru kepada bandar ini.

Mereka telah menjadikan bandar ini lebih liberal dan unik.


7. Amsterdam, The Netherlands
xxx
Kredit Gambar: flickr - Bert Hauffman
 
Amsterdam mengagumkan rata-rata pelancongnya dengan kehadiran muzium-muzium bersejarah, institusi seni, hab budaya ‘avant-garde’ serta keindaham alam semula jadi yang menakjubkan.

Amsterdam sudah tentu merupakan destinasi impian kebanyakan orang kerana ia bagaikan lokasi yang kita sering lihat dalam cerita-cerita dongeng. 


8. Hull, England
hull
Kredit Gambar: Wikipedia
 
Pada tahun 2007, Hull menerima gelaran sebagai ‘UK City of Culture’.
Seperti gelaran yang diterima, bandar ini terkenal untuk muzium-muzium yang bersejarah, budaya kesenian, serta senibina bangunan warisan yang cantik. 

Malah, menurut seorang penyair Australia, Peter Porter, Hull merupakan bandar yang paling puitis di England. 

9. Vancouver, Kanada
kanada
Kredit Gambar: Wikipedia

10. Agra, India
agra
Kredit Gambar: flickr - Paul arps

Agra juga merupakan satu destinasi yang dipenuhi dengan dengan budaya masyarakat negara tersebut.

Dengan monumen mewah dan makam unik yang membarisi tebing sungai Yamuna, destinasi ini sering menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia.

Terletak di Uttar Pradesh di utara India, Agra juga merupakan rumah kepada makam ikonik India, Taj Mahal. 

Malah, festival seni Taj Mahotsav yang diadakan pada bulan Februari serta taman-taman Mughal sekitar bandar juga menjadi antara pilihan pelancong untuk melancong Agra.

0 comment... add one now