Header Ads

Zaquan Adha dedah dengan muat naik video dan gambar aksi penyamun



Kejadian malang menimpa pelakon Ayu Raudhah dan pemain bola sepak Malaysia, Mohd Zaquan Adha apabila kediaman mereka di Pasir Gudang dirompak oleh 3 orang penyamun jumaat lalu. Menerusi akaun instagram Zaquan sendiri, beliau memuat naik sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki dan sebuah kereta Toyota Wish yang dipercayai milik salah seorang perompak tersebut. Selain itu, dua buah video juga turut didedahkan oleh Zaquan yang berjaya dirakam oleh cctv rumahnya.
 
Ketika kejadian, jiran di hadapan rumahnya ternampak kejadian pecah rumah itu yang melibatkan tiga individu menaiki Toyota Wish berwarna gelap. Ketiga perompak tersebut meletakkan kereta mereka berdekatan rumah sambil menekan hon panjang sebelum disusuli dua orang lelaki yang datang mencampakkan barang dari rumah kedua pasangan ini. Sejurus sahaja meyaksikan kejadian tu, jiran terus bertindak menghubungi Zaquan untuk memaklumkan perkara tersebut.
 
“Saya terkejut apabila melihat keadaan rumah saya yang berselerak dan perompak dikesan masuk melalui bahagian dapur. Mereka membawa lari pelbagai barangan berharga termasuk 15 beg tangan berjenama milik isteri saya serta jam tangan pelbagai jenis milik saya dan juga isteri,” 
 

Kejadian pecah rumah ini menyebabkan Zaquan dan isteri, Ayu Raudhah mengalami kerugian sebanyak RM200000. Menurut Zaquan, kes rompak ini bukan pertama kali berlaku, dan ini merupakan antara kes pecah rumah yang terburuk pernah mereka alami. 

No comments

Powered by Blogger.