Header Ads

Yamaha 125ZR umum versi terbaharu berwarna kuning kini berada pasaran







Berita baik bagi penggemar motosikal dua lejang, terutamanya dari Yamaha, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mengumumkan versi terbaharu 125ZR kini sudah berada di pasaran.
Gambar-gambar risikan motosikal ini sudah berada di media sosial sejak beberapa bulan lalu tetapi kini HLYM baru mengesahkannya. Versi baharu berwarna kuning ini adalah pengganti bagi 125ZR berwarna hitam sebelum ini, sementara yang berwarna merah dan biru pula masih lagi ditawarkan.
Harga jualan termasuk GST tetapi tanpa insurans dan pendaftaran bagi Yamaha 125ZR berwarna kuning ini adalah RM7,269.
Selain warna dan grafik, tiada perubahan lain pada motosikal ini.

No comments

Powered by Blogger.