Header Ads

Wow! Skill editing foto tahap legend pelakon dan pelawak Kazar


12328060_1692781047605917_1966521576_n















SETIAP artis mempunyai karekter dan perwatakan yang berbeza-beza. Hanya rakan-rakan terdekat sahaja mengetahui sifat sebenar seseorang itu.
Kemunculan media sosial dan pelbagai aplikasi untuk membuat editing atau effect ke atas sesuatu foto, menjadikan pelakon senior Kazar yang pernah meletup dengan filem Susuk suatu ketika dahulu di samping aktres Dynaz Mokhtar; memanfaatkan laman Instagram sebagai medium untuk menampilkan sisi lain dirinya.
12394126_1017523534980116_2050882717_n
12501650_1003719009720772_83984591_n
Laman sosial Instagram yang menggunakan nama @kazar35 menjadi perhatian umum apabila kebanyakan foto yang dimuat naik telah diedit dengan jayanya dan disertakan dengan kapsyen-kapsyen yang mencuit hati.

Kazarudin Saisi, 57; atau lebih dikenali sebagai Kaza itu sememangnya gemar berkongsi foto-foto lucunya di akaun Instagram (IG) miliknya malah ada pihak mendakwa dan menyamakannya dengan Amran Fans sebagai orang yang sama.

Lebih menarik lagi, pelakon dan pelawak serta bapa kepada lima anak ini gemar memuat naik fotonya yang diedit bersama penyanyi antarabangsa Jennifer Lopez atau J.LO sekitar tahun lalu.

Apa yang menarik tentang pelakon ini, laman IG miliknya tidak seperti IG pelakon-pelakon lain yang rata-rata dibanjiri dengan aktiviti harian, iklan produk dan macam-macam kerenah lagi, namun Kazar yang satu ini memang lain dari yang lain.

Lihat sahaja IGnya, satu-satu gambar di’edit‘ dengan artis-artis terkenal antarabangsa. Antara artis-artis antarabangsa yang turut terkena tempias pelakon ini ialah Cristiano Ronaldo, The Rock, JLo, Angelina Jolie dan ramai lagi.
12317331_549754641870619_675927749_n
12965088_1685002611755023_795232377_n
151011l6q8ur2rce6886qu
Laman sosial Instagram milik pelakon dan pelawak  ini menerima 100 ribu pengikut kerana skill editing yang ditonjolkan itu. – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.