Header Ads

Wanita China punyai wajah mirip seiras artis kegemaran, 8 tahun untuk ubah wajahnya!


as1-e1460398551100









SEORANG wanita berusia 29 tahun mengejutkan masyarakat China setelah muncul dalam satu ujibakat ‘Super Girl’ kerana wajahnya begitu mirip dengan selebriti popular Fan Bingbing.

china
Seorang wanita China sanggup menghabiskan berjuta-juta wang dan masa selama 8 tahun demi mengubah wajahnya agar seiras dengan Fan Bingbing.
chinapembedahan plastik
Sejak itu, gambar milik He Chengxi mula tersebar di ruangan media sosial hingga ramai yang membuat pembandingan dan menyifatkan dirinya dengan Fan Bingbing seakan-akan kembar.

Bagaimanapun, wajah He Chengxi bukanlah semula jadi kerana dia mengakui telah menjalani berpuluh-puluh pembedahan plastik agar wajahnya seiras dengan bintang ternama itu.

Menurut usahawan wanita ini, dia juga menghabiskan masa lapan tahun untuk mendapatkan hasil wajah sedemikian.

Bahkan, teman lelakinya sangat menyokong keputusan itu hingga sanggup membuka klinik pembedahan plastik sendiri demi membantu He Chengxi.

Pelakon dan penyanyi Fan Bingbing sememangnya disifatkan peminat sebagai wanita sempurna dan mempunyai raut wajah jelita.
Artis china
Fan Bingbing
artis china
Sebelum ini, Fan Bingbing pernah menafikan hidung, mata dan dagunya adalah hasil pembedahan sebaliknya mendakwa ianya semulajadi. 

No comments

Powered by Blogger.