Header Ads

Wak Mustar juara Kilauan Emas Otai membawa pulang RM150k berserta trofi



PESERTA dari Selangor, Mustaffa Rasyid Abd Jabar atau lebih dikenali dengan nama Wak Mustar dinobat sebagai juara pertandingan Kilauan Emas Otai, yang berlangsung Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Mustar, 47, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi.
Pada pertandingan akhir itu, Mustar juga merupakan juara Kilauan Emas musim kelima tahun lalu membawa dua buah lagu berjudul Kini Hatiku Telah Tertawan danMenunggu Nasi Minyak duet bersama Asmidar.
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada peserta Perak, Ahmad Fuad Zaharullail, 48, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Manakala tempat ketiga milik Idris Mohd Shabidin, 54, dan tempat akhir, Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim, 45, yang masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.
Dalam pada itu, Anugerah Khas Juri diberi kepada Silahudin Ali, 55, atau Silah yang tersingkir pada peringkat separuh akhir.
Peserta program ini diadili juri Datuk Ramli MS, Erra Fazira dan juri jemputan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan Fauziah Ahmad Daud. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: mStar Online

No comments

Powered by Blogger.