Header Ads

Unik! Istana ais luar biasa di Utah


Peminat kisah dongeng kini berpeluang mengunjungi sebuah istana ais luar biasa yang dibina di Midway di Utah, Amerika Syarikat.

Lupakan saja cuaca di bawah paras beku di seluruh negara kerana Utah cukup sejuk untuk mengendalikan 15,000 isikel atau titisan air beku yang digunakan bagi membina struktur menakjubkan itu.

Sehingga kini, suhu harian di Utah kekal di bawah - 1.6 darjah celsius sekali gus menjadikan istana ais itu boleh dibina.

Ini tahun kedua istana ais itu dibina dan ia dijangka boleh mencecah ketinggian 6 meter hingga 9.14 meter.

Istana ais itu mengambil masa sebulan untuk dibina dan kini ia sedia untuk menerima kunjungan pelawat.

Konsep istana itu diilhamkan Brent Christensen, yang membina gua ais untuk anaknya di halaman belakang rumah mereka di Alphine, Utah.

Istana ais itu dibina oleh syarikat Christensen, Ice Castle bersama beberapa pekerja mahirnya.

Mereka sebelum ini pernah membina istana ais di Edmonton, Kanada, Lincoln, New Hampshire dan Eden Prairie, Minnesota.

Istana ais itu kini dibuka untuk pelawat dan sekiranya suhu di paras beku terus kekal, ia akan terus dibuka sehingga Mac ini.

Dianggarkan seramai 75,000 pengunjung akan melawat istana itu musim ini dan tiket boleh dibeli di laman sesawang icecastles.com.

Sumber - myMetro

No comments

Powered by Blogger.