Header Ads

Unik! 5 Tempat Penginapan Yang Awesome Wujud Di Malaysia

Apa yang menarik mengenai penginapan ini? Apakah konsep yang digunakan menjadikan penginapan itu unik? Kalau nak tau, mari kita tengok penginapan unik yang anda semua tidak tahu ianya wujud !

1. Hotel UFO Capsule, Kuala Lumpur


Konsep hotel yang diinspirasikan daripada konsep hotel berkapsul di Jepun yang bermotifkan penginapan bajet dan ringkas. Hotel ini sangat unik dan memounyai pelbagai kemudahan. Korang yang agak-agak berminat tu, boleh la usha  Hotel UFO ni sebab ianya dibuka 24 jam dan dianggap hotel yang paling bajet di Kuala Lumpur.

2. Capsule by Container Hotel, KLIA 2

 
Sebuah penginapan bajet yang terletak di KLIA 2. Penginapan ini merupakan penginapan berkapsul pertama di Malaysia yang terletak di dalam sesebuah lapangan terbang. Kapsul ini bertujuan untuk pelancong berehat dan tidur sementara menunggu penerbangan seterusnya.

3. Tube Hotel , Langkawi


Mempunyai 17 buah bilik, pemandangan yang cantik menghadap laut dan juga kawasan taman. Pengunjung boleh menikmati keindahan sunset hanya di pintu tube hotel masing-masing. Tube hotel juga sering menjadi pilihan pelancong yang datang ke langkawi.

4. Hero Hostel,Kuching


Penginapan bajet yang berkonsepkan superhero animasi seperti Batman, Transformer, Spiderman dan sebagainya. Terdapat lukisan karakter animasi di dalam setiap bilik yang disediakan yang pasti membuatkan kanak-kanak suka dan teruja. Pelbagai kemudahan terdekat juga di llokasi hotel tersebut seperti kedai makan dan juga mall. Suasana bilik yang sangat santai,unik dan sempoi

5. Bustel, Melaka


Penginapan bajet yang sangat popular di Melaka. Bas-bas yang terpakai di negeri Melaka di ubah suai menjadi cantik. Mempunyai katil dan bilik air dan dijadikan tempat penginapan yang sangat kreatif.

No comments

Powered by Blogger.