Header Ads

UMobile Video ONZ tawarkan tonton video tanpa had dan cas langganan

umobile video Onz
Syarikat telekomunikasi UMobile secara rasminya telah melancarkan satu ciri yang membolehkan anda melayari video dari penyedia video tertentu tanpa had dan lebih menarik tanpa sebarang cas atau yuran langganan.
UMobile Video ONZ ini ditawarkan kepada pengguna pelan pascabayar dan prayabar dan anda boleh menonton video dan rancangan kegemaran anda melalui 11 penyedia kandungan video iaitu Hypp TV , YouTube , Viu , Astro On The Go , Youku , Tonton , iflix , Erosnow , Herotalkies , Pocketimes.my , OnFM dan YouTube Gaming .
Perkhimatan Video ONZ ini ditawarkan dengan kuota tanpa had bagi pelanggan pascabayar Hero P70 , i90 dan i130 manakala bagi pelanggan pelan pascabayar yang lain anda akan menerima 100% tambahan kuota ( daripada kuota yang dilanggan).
Selain itu, pelanggan UMobile juga boleh menikmati akses premium HyypTV dan Viu secara percuma untuk 60 hari.
Tidak seperti perkhimatan Digi Video Freedom, anda tidak perlu membayar sebarang yuran langganan untuk menikmati pelayaran video tanpa had ini. Digi Video Freedom hadir dengan dua pelan iaitu pelan satu jam (RM 1 dengan kuota 3GB ) dan pelan harian RM 5 dengan kuota 10GB.
Video ONZ ini akan ditawarkan kepada semua pelanggan UMobile sehingga 31 Julai ini dan pelayaran video yang disokong hanyalah pada definisi biasa dan bukanya HD.
Maklumat lanjut mengenai UMobile Video ONZ boleh anda ketahui di SINI
video onz umobile

No comments

Powered by Blogger.