Header Ads

Tutorial: Cara Semak / Tracking Pos Laju Online Dan SMS

Buat pembaca yang menggunakan Pos Laju untuk menghantar barang, dokumen atau bungkusan. Pos Laju ada menyediakan perhidmatan menjejak (tracking) atau mengesan shipment anda. Perkhidmatan ini membolehkan anda menyemak status sebarang kiriman menggunakan Pos Laju - bila ia dihantar, dari mana ia dihantar, apa proses yang dilalui, dan di mana ia berada sekarang.
Apa yang anda perlukan ialah consignment number yang tertera pada nota kiriman (consignment note) a.k.a resit Pos Laju. Gunakan nombor ini sebagai nombor tracking (tracking number).
Semakan status atau tracking kiriman Pos Laju boleh dibuat secara online, melalui Facebook dan juga SMS.
borang resit consignment note pos laju
Tracking number pada nota kiriman


Tracking Kiriman PosLaju Secara Online

Semakan status penghantaran boleh di buat di laman web Track & Trace Pos Laju, di pautan berikut:
Berikut adalah langkah-langkah menyemak status kiriman Pos Laju:

  1. Masukkan tracking number ke dalam kotak yang disediakan. Jangan jarakkan nombor.
    tracking kiriman bungkusan penghantaran poslaju
  1. Tekan butang "TRACK".
    Keputusan semakan akan memaparkan status terkini bagi setiap item (tracking number) yang anda masukkan.keputusan semakan tracking pos laju
  2. Klik pada tracking number untuk melihat maklumat yang lebih lengkap. Ia akan memaparkan sejarah perjalanan kiriman tersebut dalam bentuk senarai tarikh, masa, proses/tindakan yang dilakukan terhadap kiriman serta lokasinya (di pejabat pos mana proses tersebut dibuat).


Tracking Kiriman PosLaju Melalui Facebook

Sila PM (private message) nombor tracking (atau sebarang pertanyaan) ke Facebook page customer service Pos Malaysia Berhad:
Pegawai khidmat pelanggan Pos Laju akan membantu untuk membuat semakan mengikut giliran anda pada hari Isnin - Jumaat di antara jam 8.30 pagi - 5.30 petang.


Tracking Kiriman PosLaju Melalui SMS

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan SMS untuk check tracking number Pos Laju kiriman anda. Langkahnya seperti berikut:
  1. Taipkan:
    PL<jarak>[Tracking Number]
    Contoh: PL  EF667590069MY
  2. Hantarkan SMS ke 33333
Hanya untuk pengguna Celcom, Maxis dan DiGi. RM 0.50 akan dicaj untuk setiap SMS.

No comments

Powered by Blogger.