Header Ads

Trend baru resepi kek 'Titisan Hujan' jadi kegilaan di Jepun, AS


kek













SEBELUM ini pelbagai makanan unik pernah jadi trend dan buah mulut orang ramai, antaranya kek pelangi, mi boat noddle dan ais krim pasu. Terbaharu, kek unik persis titisan air hujan dijangka bakal jadi kegilaan ramai di sini, yang mahu mencubanya.

Menurut Huffington Post, pencuci mulut ini asalnya dicipta seorang chef dari Jepun, Darren Wong yang mendapat sambutan sambutan luar biasa di negara matahari terbit itu. Kini, ianya turut menjadi kegilaan masyarakat di New York apabila sebuah restoran, Smorgasburg menjualnya di sana.

Menurut mereka yang sudah mencubanya, kek ini tidak menawarkan sebarang rasa yang kuat, kelebihannya lebih kepada tekstur yang ringan.

Menggunakan ramuan daripada air mineral dan agar-agar, kek ini sangat baik untuk mereka yang menjaga kesihatan kerana langsung tidak mempunyai kalori.
Mungkinkah kek ‘titisan hujan’ bakal cetus fenomena di Malaysia juga? Kita tunggu dan lihat!

No comments

Powered by Blogger.