Header Ads

Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta (Astro)

Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta
Berdasarkan adaptasi novel, Drama Suami Tanpa Cinta bakal bersiaran di slot Astro Ria bermula 4 April 2016. Menampilkan gandingan hero dan heroin Shukri Yahaya dan Janna Nick.
Drama Suami Tanpa Cinta yang akan bersiaran selama 16 episod turut dibintangi oleh Christina Suzanne, Sarah Hildebrand, Mark Adam, Afzan A.Rahman, Noor Ikhram, Wan Sharmila, Mia Nasir, Roy Azman, Zeila Jalil, Hilal Azman, Liza Abdullah dan Ungku Ismail Aziz
Drama terbitan Pena Creative Pictures ini telah diarahkan oleh MP Roslin MD Sharif dan akan menemui penonton pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam hanya di slot Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.
Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta
Lagu Tema atau OST Drama Suami Tanpa Cinta berjudul Mungkin Saja yang dinyanyikan oleh Janna Nick. Dalam artikel seterusnya nanti saya akan kongsikan lirik dan videoklip lagu tersebut.
Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta
DRAMA SUAMI TANPA CINTA mengisahkan tentang Zaidan Iman dan Ain Syifa. Mereka berkawan baik sejak dari zaman sekolah. Bila meningkat dewasa mereka terpaksa berkahwin demi untuk menyelamatkan perniagaan keluarga. Tujuan perkahwinan mereka berdua adalah untuk menggabungkan syarikat milik keluarga mereka.
Hendak dijadikan cerita, perkahwinan mereka ini ada syarat. Sekiranya Ain diceraikan, maka syarikat akan menjadi miliknya dan Zaidan Iman tiada hak lagi ke atas syarikat tersebut. Kerana syarat ini, Zaidan Iman dan Ain Syifa berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan perkahwinan mereka.
Akibat satu kisah silam, Ain Syifa telah mengunci hatinya dari mencintai Zaidan Iman tetapi lelaki itu amat mencintai Ain Syifa. Semakin hari kehidupan mereka menjadi semakin bahagia kerana masing-masing saling melengkapi. Zaidan Iman berusaha untuk membuatkan Ain mencintainya. Tetapi dalam masa yang sama, Ain Syifa pula semakin keliru dengan perasaan sendiri. Dalam dia Zaidan Iman mula menyedari yang Ain Syifa sudah mula jatuh cinta kepadanya tetapi masih belum ingin mengakui.
Namun kebahagiaan mereka diuji dengan satu berita. Ain Syifa mula sangsi dengan perasaan Zaidan Iman. Dia merasakan seolah ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Zaidan Iman dari pengetahuannya. Bila keadaan mula tidak terkawal, Ain Syifa melarikan diri dan meninggalkan hanya sekeping nota untuk Zaidan Iman.
Apakah akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Dapatkan Zaidan Iman mencari semula Ain Syifa. Benarkah berita yang didengari oleh Ain Syifa itu? Dan dapatkah pasangan ini mempertahankan perkahwinan mereka?
Menarik kan Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta ini? Jangan lupa saksikannya bermula malam ini, 4 April di Astro Ria dan Astro Ria HD setiap Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam.

No comments

Powered by Blogger.