Header Ads

Sinopsis Drama Pujaan Hati Umi (TV9) slot Azalea

Sinopsis Drama Pujaan Hati Umi
Sebuah drama bertajuk Pujaan Hati Umi telah mula disiarkan pada 14 April di slot Azalea TV9 pada setiap hari Selasa hingga Ahad pada pukul 8:30 malam. Drama Pujaan Hati Umi membawakan konsep kekeluargaan.
Drama Pujaan Hati Umi yang akan bersiaran selama 20 episod telah diterbitkan oleh SRS Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh M Nazir. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Wan Maimunah, Talha Harith, Faye Khusairi, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Syaffiq Sahli, Sasqia Dahuri, Amanda Misbun, Nina, Haeryanto Hasan, Darren Zariff, Syasya Afiqah dan Kuza Muzaini.
Sinopsis Drama Pujaan Hati Umi
Lagu tema atau OST Drama Pujaan Hati Umi bertajuk Kau Biarkan yang dinyanyikan oleh Faye Khusairi
Sinopsis Drama Pujaan Hati Umi
Drama Pujaan Hati Umi mengisahkan tentang Umi lakonan Wan Maimunah yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 60 tahun. Dia tabah membesarkan 4 orang anaknya iaitu Razziah, Razman, Razzi dan Reza.
Umi adalah seorang yang dihormati oleh penduduk kampung. Malah dia pernah menerima Anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Umi bahagia dengan kehadiran anak menantu dan cucu-cucunya. Dia merasakan kehidupannya telah lengkap.
Namun setiap keluarga pasti berdepan masalah dan ujian. Begitu juga dengan keluarga Umi. Menantu sulung Umi, Osman yang merupakan suami kepada Razziah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Menyebabkan Razziah terpaksa memulakan kehidupan yang baru di rumah Umi. Razman pula langsung tidak pulang ke rumah kerana malu dengan Umi selepas dia meninggalkan majlis pernikahannya di saat akhir.
Umi cuba untuk menyembunyikan kesedihannya dengan harapan keluarganya akan kembali bahagia. Satu hari Reza memaklumkan bahawa dia ingin mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hati bernama Rita. Berita tersebut amat menggembirakan hati Umi. Sebagai ibu dan ketua keluarga, Umi mengharapkan kehadiran Rita akan kembali menceriakan keluarga mereka. Namun lain pula jadinya. Rupanya Rita ada memasang niat buruk terhadap keluarga mereka.
Menarik kan Sinopsis Drama Pujaan Hati Umi ni. Untuk mengetahui apa niat Rita terhadap keluarga Umi, jangan lupa saksikan kesudahan kisah ini pada setiap Selasa hingga Ahad, pukul 8:30 malam hanya di Slot Azalea TV9.

No comments

Powered by Blogger.