Header Ads

Sinopsis Drama Mr. Boss Miss Stalker (TV3) slot Dahlia

Mr Boss Miss Stalker


Saphire Screen Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru adaptasi novel Mr. Boss, Miss Stalker karya Aesya Azahar. Ashraf Muslim dan Mia Ahmad dipilih sebagai pelakon utama. Drama bersiri 20 episod arahan Heykal Hanafiah. Bakal disiarkan di slot Dahlia TV3 pada bulan April menggantikan drama Cinta 100kg.

JUDUL : MR. BOSS, MISS STALKER
EPISOD : 20 Episod
TARIKH / MASA : April 2016
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Sofia Rhyland
PENGARAH : Heykal Hanafiah
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Ashraf Muslim, Mia Ahmad, Riz Amin, Miera Leyana, Shazmeer, Nazeera Sardi

WATAK PELAKON
Ashraf Muslim sebagai Hariz Zhafran
Mia Ahmad sebagai Sara Azreen 
Riz Amin sebagai zzudin 
Miera Leyana sebagai Ria

SINOPSIS MR. BOSS MISS STALKER

Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?

GAMBAR PELAKON

Mr Boss Miss Stalker TV3

No comments

Powered by Blogger.