Header Ads

Sinopsis Drama Jasmine (TV3) - Slot Zehra

Sinopsis Drama Jasmine Di Slot Zehra TV3
Drama Jasmine lakonan Nelydia Senrose, Aqasha dan Gambit Saifullah telah mula disiarkan di slot Zehra TV3 pada 30 Mac 2016 menggantikan drama Married Tapi Benci.
Drama Jasmine terbitan Global Station Sdn Bhd ini turut bintangi oleh Puteri Aisyah, Aedy Ashraf, Shakilla Khoriri, Aleza Shadan, Afifah Nasir, Zarynn Min, Adam Mika, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Khaty Azian, Zalfa Zin. Drama yang bakal disiarkan selama 13 episod ini telah diarahkan oleh Feroz Kadir.
Sinopsis Drama Jasmine Di Slot Zehra TV3
Lagu Tema atau OST Drama Jasmine yang bertajuk Sejati dinyanyikan oleh Faizal Tahir.
Sinopsis Drama Jasmine Di Slot Zehra TV3
Drama Jasmine mengisahkan tentang Jasmine lakonan Nelydia Senrose yang bercinta dengan Ryan (Gambit Saifullah). Pasangan yang masih belajar di kolej ini memang susah untuk dipisahkan. Keakraban mereka sangat dicemburui oleh Tina (Affifah Nasir). Tina melakukan pelbagai helah untuk memisahkan mereka tetapi semuanya gagal.
Satu hari Jasmine mendapati dirinya mengandung akibat terlanjur dengan Ryan. Namun Ryan tidak mahu bertanggungjawab. Keluarga Jasmine pula memaksanya untuk menggugurkan kandungan tersebut. Tetapi Jasmine nekad untuk membesarkan anak dalam kandungannya itu dan bertindak membawa diri ke Australia.
Sewaktu ketiadaan Jasmine, Tina cuba mengisi kekosongan di hati Ryan. Namun ternyata Ryan sangat merindui Jasmine. Ryan nekad untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan kesilapannya.
Di Australia pula Jasmine bertemu Khalif (Aqahsa) yang mula jatuh cinta kepadanya.
Apa akan terjadi pada kesudahan Drama Jasmine? Siapakah yang akan bersama Jasmine akhirnya… Ryan atau Khalif?
Jangan lupa saksikan Drama Jasmine setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di slot Zehra TV3.

No comments

Powered by Blogger.