Header Ads

Sinopsis Drama Dia Semanis Honey (Astro Ria)

Dia Semanis Honey


Drama terbaru adaptasi novel Dia Semanis Honey karya Dila Dyna akan menemui penonton di saluran Astro Ria. Drama arahan Michael Ang itu dilakonkan oleh Siti Nordiana, Alif Satar, dan Hairul Azreen. Bakal bersiaran pada bulan Mei nanti menggantikan drama Suami Tanpa Cinta. 

JUDUL : DIA SEMANIS HONEY
EPISOD : 16 Episod
TARIKH / MASA : Mei 2016
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
SKRIP : Nazri M. Annuar / Fairul Nizam Ablah
NOVELIS : Dila Dyna 
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Alif Satar , Siti Nordiana, Hairul Azreen, Hafeez Mikail, Farez Ridzwan, Ziha Salleh, Nadya Syaher, Falisha Crossley, Lan Kristal

Artikel berkaitan : Tonton streaming drama Dia Semanis Honey 2016 full episodes

WATAK PELAKON
Alif Satar sebagai Ahnaf Wafiy
Siti Nordiana sebagai Hani Safira
Hairul Azreen sebagai Adam Hazrul

SINOPSIS DIA SEMANIS HONEY:

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?

GAMBAR PELAKON
Drama Dia Semanis Honey
Ahnaf, Hani, Adam
Pelakon Dia Semanis Honey
Pelakon drama Dia Semanis Honey
Pelakon drama Dia Semanis Honey
Sumber - myinfotaip 

No comments

Powered by Blogger.