Header Ads

Sinopsis Drama Akadku Yang Terakhir (Astro)

Sinopsis Drama Akadku Yang Terakhir
Adaptasi novel Drama Akadku Yang Terakhir telah mula disiarkan di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD bermula pada 6 April lepas. Anda boleh tonton drama ini pada setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6:00 petang.
Menggandingkan Amar Baharin dan Tiz Zaqyah sebagai hero dan heroinnya, Drama Akadku Yang Terakhir telah diarahkan oleh Amie Maziah dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.
Sinopsis Drama Akadku Yang Terakhir
Drama Akadku Yang Terakhir akan bersiaran selama 43 episod dan turut dibintangi oleh Nina Nadira, Mardiana Alwi, Fikhree Bakar, Riz Amin, Ainul Aisyah, Kay Khydir, Sharifah Shahora, Shenthy Feliziana, Syafnida Shuhaimi, Kuza Muzaini, Abby Nour, Juedian Omar, Dian P Ramlee dan Zulkifli Ismail.
Sinopsis Drama Akadku Yang Terakhir
Drama Akadku Yang Terakhir mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Irham Zahri lakonan Amar Baharin. Setelah tiga kali gagal dalam alam perkahwinan, ayah Irham Zahri telah memaksanya untuk menghadiri sesi kaunseling dengan seorang pakar psikoterapi.
Sesi rawatan terapi itu telah menemukan Irham Zahri dengan seorang pakar psikoterapi bernama Rania Baheera lakonan Tiz Zaqyah. Pada awalnya Irham Zahri tidak dapat menerima Rania Baheera sebagai doktor pakar psikoterapi. Selain enggan bekerjasama, Irham Zahri cuba pula untuk merasuah Rania Baheera untuk memalsukan laporan terapinya.
Namun semakin kerap bertemu, mereka berdua mulai rapat. Satu hari, Rania membuat keputusan untuk mengikut Irham ke Johor Bahru. Ketika itu Rania amat kecewa selepas mendapat berita lelaki yang dicintainya dalam diam yang bernama Fazriq telah bernikah dengan kakak kesayangannya.
Irham Zahri mula jatuh cinta dengan Rania tetapi perasaan itu dinafikan kerana dia Rania telah memaklumkan bahawa dia adalah isteri orang. Tetapi bila hal yang sebenar terbongkar, Irham Zahri berusaha bersungguh-sungguh untuk memikat Rania dan kebetulan Rania yang juga mula jatuh cinta telah menerima lamaran Irham.
Irham Zahri nekad, kali ini lafaz akad nikahnya adalah untuk kali yang terakhir. Tetapi kebahagiaan antara dia dan Rania mula porak peranda dengan kehadiran Zalia yang ingin membalas dendam. Malah sikap Fazriq yang terlalu mengambil berat tentang Rania membuatkan Irham cemburu dan mula mengasari Rania. Lebih memburukkan keadaan bila keluarga kedua-dua belah pihak mula campur tangan
Apa akan terjadi kepada perhubungan Irham dan Rania akhirnya. Dapatkah Irham menjadikan akad yang dilafazkan itu yang terakhir buatnya? Menarik kanSinopsis Drama Akadku Yang Terakhir. Jangan lupa saksikan setiap episod hanya di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD.

No comments

Powered by Blogger.