Header Ads

Siapa sebenarnya Sheikh Ahmed Deedat ramai tak tahu?

Sebelum ni saya pernah cerita Siapakah Dr. Zakir Naik?. Kali ni saya nak cerita pulak siapa sebenar Sheikh Ahmed Deedat. Difahamkan Allahyarham Ahmad Deedat adalah guru kepada Dr. Zakir Naik.

Sheikh Ahmed Hoosen Deedat Al-Hafiz adalah seorang ulama India, cendekiawan muslim dalam bidang perbandingan agama(comparative religion). Beliau juga merupakan seorang pengarang, pensyarah dan juga pemidato. 

Beliau dikenali dunia sebagai salah seorang pakar pembicara yang amat handal khususnya dalam sesi perdebatan umum yang memerihalkan tentang masalah keagamaan Islam bersama agama-agama lain. Pada tahun 1957, Deedat bersama dua orang temannya telah mendirikan Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan beliau telah menjadi Presidennya sehingga tahun 1996. Deedat meninggal dunia pada tahun 2005 akibat mengalami angin ahmar yang telah dideritanya sejak tahun 1996.

Buku The Choice: Dialog Islam-Kristian adalah buku antara paling terlaris dijual didunia yang ditulis oleh Ahmed Deedat. Buku ini telah disebarkan secara meluas ke Afrika Selatan hingga ke Eropah, Asia, Oceania bahkan Amerika Selatan dan Utara.
Dalam buku ini Deedat mengupas tentang perbezaan antara Islam dan Kristian. Beliau mengupas habis-habisan beberapa kesalahan yang beliau temukan dalam Alkitab baik dalam Perjanjian Lama dan Baru.

No comments

Powered by Blogger.