Header Ads

Senarai Harga Minyak Paling Murah Di Dunia, Lihat No. 8 Negara Mana?


Walaupun isu kenaikan harga minyak yang menjadi bualan hangat oleh masyarakat Malaysia, namun kalau korang nak tahu betoi2 sebenarnya Malaysia lah salah sebuah negara minyak paling murah di dunia. Jangan pulak buat terkejut hal ini. Hala nek sikit dah bising...kalau jatuh tak pulak nak riuh...tu la adat manusia...pantang ja tengok benda naik..hahah!!!

Harga runcit bahan petroleum Malaysia sebenarnya masih paling murah berbanding negara-negara jiran meskipun harga minyak naik dan turun. Lumrah la ada yang naik dan turun.

Contohnya seperti harga diesel di Thailand ialah RM3.06 seliter dan petrol RON95 RM4.74; diikuti Singapura (RM4.32 dan RM5.56); Indonesia (RM3.43 dan RM3.05); dan Filipina (RM4.32 dan RM5.44 (RON93). Harga tu mengikut bulanan yaa...kalau nak tahu lebih tepat tengok harga minyak negara2 itu.

Harga diesel dan petrol RON95 tempatan pula masing-masing di bawah paras RM3 seliter iaitu hanya RM2.00 dan RM2.10 seliter. Lebih kurang macam tu la. Saya amik purata ja, senang sikit nak bincangkan. Kalau tak jenuh nak cakap bulan ni harga lain bulan depan harga lain...hahaha...

Memetik kajian yang dijalankan oleh Bloomberg bertajuk 'Highest and Cheapest Gas Prices by Countries' (Harga Bahan Api Tertinggi dan Terendah Mengikut Negara) yang menyatakan Malaysia berada pada kedudukan kelapan dalam menawarkan harga terendah. 

1) Venezuela,
2) Arab Saudi, 
3) Kuwait, 
4) Mesir, 
5) Emiriyah Arab Bersatu, 
6) Iran, 
7) Nigeria,

8) Malaysia 

Kajian yang dijalankan pada Februari 2013 itu turut melihat Malaysia berada di hadapan berbanding Mexico, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia, Pakistan dan Thailand.

No comments

Powered by Blogger.