Header Ads

Semakan keputusan UPU ke UA sesi 2016/2017 secara online dan SMS

Semakan keputusan permohonan kemasukan UPU untuk ke Universiti Awam (UA) / Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi Akademik 2016 / 2017. Calon-calon lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Diploma dan setaraf yang telah memohon sebelum ini boleh merujuk maklumat di bawah untuk maklumat terkini mengenai semakan keputusan permohonan UPU anda.
Post ini akan dikemaskini dari masa ke semasa untuk memberikan anda maklumat yang terkini (spt senarai saluran semakan dsb.) mengenai Semakan Keputusan Kemasukan ke UA dan Politeknik Premier Sesi 2016/2017.

Sila bookmark dan share.

Semakan Ujian / Panggilan Temuduga
Semakan temuduga bagi permohonan ke Universiti Awam dan Politeknik Premier ini melibatkan program yang memerlukan temuduga sahaja. Sila klik nama universiti awam atau politeknik yang berkenaan untuk ke laman semakan. 


Semakan Keputusan Kemasukan Ke UA/Politeknik Premier

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke UA dan Politeknik Premier Sesi Akademik 2016/2017. Sila semak melalui saluran semakan yang disenaraikan di bawah.
  • Bagi calon lepasan SPM/setaraf
    Semakan boleh dibuat mulai minggu kedua bulan Mei 2016.
  • Bagi calon lepasan STPM/setaraf
    Semakan boleh dibuat bermula minggu kedua bulan Ogos 2016.
Senarai Saluran Semakan
Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi UA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dalam tempoh 10 hari selepas keputusan permohonan diumumkan.
Senarai Pautan Surat Tawaran Mengikut UA
Senarai pautan untuk mencetak surat tawaran akan dikemaskini kemudian.
Rayuan ke UA / Politeknik Premier
Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan. Permohonan rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan.
Pemohon boleh menghubungi talian hotline UPU 03-88706767 atau talian helpline UPU 03-88706777 untuk sebarang pertanyaan.

No comments

Powered by Blogger.