Header Ads

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017 dan Rayuan Secara Online

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017

Calon-calon SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2016/ 2017 pasti berdebar-debar menunggu keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi

Semakan tawaran keputusan Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM telah diumumkan secara rasmi. Pada tahun lepas, keputusan Matrikulasi telah diumumkan pada 13 April 2015. 
  

  • Semakan keputusan Matrikulasi 2016/ 2017 akan diumumkan pada hari Khamis, 14 April 2016 bermula 1200 tengahari.
  • Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2016 klik KPM
  • Semakan Keputusan UPU ke UA SESI 2016/ 2017 Online 
Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017

Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi Sesi 2016/ 2017

Tarikh semakan secara online adalah pada 14 April 2016 mulai 1200 tengahariBerikut adalah cara-cara membuat semakan tawaran Matrikulasi 2016 :-

1. Semakan Online

  • Melalui applikasi semakan TAWARAN MATRIKULASI pada 14 April 2016 (Khamis)bermula 1200 tengahari sehingga 11.59 malam, 28 April 2016.

2. Semakan Melalui SMS

Semakan SMS pula boleh di buat dengan menaip   
MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
*Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan 
Keputusan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017

3. Panggilan Telefon

Pemohon boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau bantuan di 03 8884  4083 pada waktupejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang

 Tarikh pendaftaran bagi pelajar baharu sesi 2016/2017 ialah pada 5/6/7 Jun 2016 

Rayuan Matrikulasi 2016 Online

Rayuan boleh dilakukan secara online bermula 14 hingga 27 April 2016 sebaik  sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.

1Rayuan Secara Online

Sila rujuk Rayuan Matrikulasi sebagai panduan. Applikasi rayuan : Klik Rayuan

2. Datang Ke Bahagian Matrikulasi

Pemohon boleh datang sendiri bersama salinankeputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk membuat rayuan 

3. Tulis Surat Rayuan

Pemohon boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi seperti contoh surat rayuan Matrikulasi di SURAT RAYUAN. Pemohon perlumelampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan. 

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi

Pemohon boleh membuat semakan keputusan rayuan Matrikulasi 2016 pada 18 Jun 2016 dengan menggunakan 3 kaedah yang sama diatas. Pendaftaran pelajar rayuan adalah pada 24 Jun 2016.   

Soalan Lazim Dan Cara Hubungi 

FAQ soalan lazim mengenai tawaran Matrikulasi boleh dirujuk di MOE. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang. 
 Pemohon perlu melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.
Semoga berjaya buat semua pemohon kemasukan ke Matrikulasi sesi 2016/ 2017. Gudluck ya yang berjaya masuk matrikulasi seisi 2016.

No comments

Powered by Blogger.