Header Ads

Selepas Emma, Jihan Muse pula Instagramnya kena hack!


Jihan instagram













BARU-baru ini kecoh dengan berita laman Instagram milik beberapa selebriti tempatan termasuk pelakon Emma Maembong dan Wawa Zainal digodam oleh individu tidak bertanggungjawab hingga mengakibatkan mereka kehilangan jutaan followers.

Siapa menduga, kejadian yang sama kembali berulang namun kali ini menimpa kepada pelawak dan pengacara terkenal Jihan Muse. Mengulas isu akaun Instagram digodam, Jihan, 33, mengakui dia tertekan dengan kehilangan akaunnya itu dan takut jika ada pihak tertentu menggunakan nama akaunnya untuk menipu peminat dalam mengaut keuntungan.

Pada masa yang sama, Jihan turut memaklumkan dia kini menggunakan akaun Instagram baharu bernama@ku.jihanmuse. “Akaun palsu kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, jadi saya tidak mahu peminat tertipu dengan akaun yang menggunakan nama Jihan Muse.

“Ia sedikit sebanyak merunsingkan saya kerana tidak mahu peminat salah faham dengan pihak yang ingin mengaut keuntungan menerusi jalan mudah. Saya juga bimbang jika pihak tak bertanggungjawab itu memuat status yang bukan-bukan, yang akhirnya mencalarkan imej saya.

“Saya pula tidak dapat menggunakan nama yang sama kerana ada pihak menegaskan dirinya adalah saya. Oleh itu, saya tampil dengan nama @ku.jihanmuse setelah puas mencuba beberapa kali untuk menghasilkan akaun Instagram baharu.

“Saya begitu terkejut sehingga berasakan cukup tertekan pada hari kejadian, namun akhirnya reda dan berpendapat ada hikmah di sebalik apa yang terjadi,” katanya kepada BH Online. Dalam pada itu, Jihan memberitahu, dia kini berada di Pulau Jeju, Korea Selatan, bagi menjayakan program Romantika bersama suaminya, Ungku Hariz Faizal, 31. 

No comments

Powered by Blogger.