Header Ads

Program myLESEN Fasa 2.0 kini kembali tahun 2016





Program myLesen Fasa 2.0 kini kembali tahun 2016

Alhamdulillah...Program myLesen ini yang pernah dilancarkan pada tahun lepas dan kini kembali lagi. Program sangat sesuai dilancarkan untuk remaja yang belum memiliki lesen lebih-lebih lagi student u  yang kesuntukan wang. Apa yang bagusnya ia dapat mengelakkan remaja daripada memandu tanpa lesen. Malah yuran pendaftaran yang ditawarkan untuk program myLesen ini sangatlah murah. 

Sekiranya anda berumur 16 tahun ke atas dan belum memiliki sebarang lesen memandu, maka anda layak untuk memohon lesen memandu kelas B2 dengan segera. Rugi kalau korang lepaskan peluang terbaik ni...

Harga yang ditawarkan hanya RM299 termasuk GST. Sebarang kesulitan anda boleh layari laman web tersebut. Anda boleh mula mendaftar di Institut Memandu yang berhampiran bermula 6 April- 6 Jun 2016.

Syarat Program myLesen:

  1. Terbuka kepada individu 16 tahun ke atas.
  2. Belum mempunyai sebarang kelas lesen memandu. 
  3. Warganegara Malaysia & PR.
  4. Bayaran RM299 termasuk GST
  5. Bayaran tambahan dikenakan sekiranya gagal di Bahagian 1 / 2 / 3. (Kecuali Ujian Bertulis & Lisan)
  6. Gagal Ujian komputer 2 kali, layak ambil ujian bertulis. 
  7. Gagal Ujian bertulis  2 kali, layak ambil ujian lisan.
  8. Perlu selesaikan program khas ini dalam tempoh 4 bulan. Selepas daripada itu, calon akan terkeluar dari program.
Info: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia , via - tashaqisha 

No comments

Powered by Blogger.