Header Ads

Petua dan tips merawat sakit disengat tebuan atau lebah


Tips Merawat sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Tips Dan Petua Merawat sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Tebuan atau lebah adalah serangga yang hidup berkoloni dan membuat sarangnya di tempat-tempat yang tinggi seperti dalam pokok, atap rumah dan sebagainya. Lebah atau tebuan selalunya jarang menganggu orang sehingga ianya diusik atau diganggu. Oleh itu jika tidak bernasib baik kita mungkin akan disengat kerana mereka fikir mereka telah diancam bahaya.
Disengat lebah atau tebuan amatlah sakit jika kita terkenanya, Ini kerana sengatan lebah atau tebuan sememangnya berbisa dan tempat yang telah terkena sengatan tersebut akan menjadi bengkak. Bisanya akan berasa pedih dan bedenyut-denyut. 
Setiap kali berdenyut akan tersa pedih sekali dan seperti terkena dihiris piasau ataupun diibaratkan tercucuk jarum sakitnya itu. Orang dewasa yang terkena sengatan lebah atau tebuan ini pasti akan merasa kesakitannya apatah lagi jikalau kanak-kanak yang terkenanya. 
Oleh itu mari saya kongsikan Tips Dan Petua Merawat sakit Disengat Tebuan Atau Lebah:
Cara 1:
  • seinci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sehinnga lumat, kemudian tekapkan bahan tadi pada bahagian yang terkena sengatan tadi.
Cara 2:
  • Sebiji Lobak merah
  • Sedikit cuka
  • Ambil sebiji lobak merah, kemudian parut atau ditumbuk sehalus mungkin, tumbuk lobak tadi sehingga menjadi lumat. Selepas itu campurkan lobak tadi dengan sedikit cuka dan gaul sehingga sebati. Akhir sekali sapukan campuran tadi pada tempat yang terkena sengtan itu, Insyaallah bisa sengatan akan beransur hilang dan tempat yang terkena sengtan tersebut tidak akan membengkak.
Cara 3:
  • Tanah
  • Air kelapa
  • Garam
  • Campurkan sedikit garam dengan air kelapa, kemudian titiskan ke atas segumpal tanah. Selepas itu tanah tadi disapukan pada tempat yang terkena sengatan leah atau tebuan tersebut. Insyaallah dalamm beberapa ketika, rasa sakit akan berkurangan dan beransur hilang.
Ini adalh beberapa tips dan petua yang boleh dicuba, tetapi harus diingat jika sakitnya berlarutan sila lah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Sumber: petuatradisional.com

No comments

Powered by Blogger.