Header Ads

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2016

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2016
Program Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) sesi 2016.
program ijazah dalam negara pidn
Program Ijazah Dalam Negara merupakan penajaan kepada 7,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).
Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.
Penajaan pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah.
PERMOHONAN
Permohonan akan dibuka secara atas talian di http://esilaV2.jpa.gov.my mulai Mei 2016. Permohonan dibuka kepada pelajar tahun pertama yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester pengajian.
SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia,
  2. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  3. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  4. Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  5. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama; dan
  6. Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).

No comments

Powered by Blogger.