Header Ads

Misteri temui mumia berusia 1,500 tahun pakai kasut Adidas


adidas













Mengejutkan…sepasang kasut Adidas telah ditemui pada mumia berusia 1,500 tahun milik seorang wanita sekali gus mencetuskan misteri bagaimana kasut itu boleh berada bersamanya.

Mumia itu ditemui hampir 10,000 kaki tinggi di pergunungan Altai di Mongolia. Susulan penemuan misteri kasut Adidas itu, ada yang menyatakan ia membukti kewujudan teori jelajah masa. Hanya tangan dan kakinya ditemui . 

“Mumia ini memiliki Adidas dalam gambar pertama?,’’ demikian tulis seorang pengguna LiveLeak.“Mumia ini bukan berasal dari golongan elit dan kami percaya ia adalah wanita kerana tiada busur di dalam kuburnya,’’ kata penyelidik di Muzium Khovd, B. Sukhbaatar.

Penyelidik kini sedang membuka balutan yang membalut mumia berkenaan dengan berhati-hati dan sebaik sahaja ia selesai barulah pakar dapat menyatakan dengan lebih tepat akan jantinanya. “Kuburnya tiga meter dalam dan ia menunjukkan mereka ini amat berkemahiran,’’ kata Sukhbaatar. 

Sumber - mynewshub 

No comments

Powered by Blogger.