Header Ads

Lagu Yuna ft. Usher 'Crush' mendaki takhta di carta Billboard AS


yuna












NAMPAKNYA usaha penyanyi berhijab terkenal, Yuna untuk mendaki populariti dalam pasaran muzik Amerika Syarikat (AS) semakin terbentang luas selepas pengenalan single terbaharunya, Crush.
Crush menampilkan kolaborasi di antara Yuna dan penyanyi terkenal Usher.

Yang lebih manisnya, Crush kini sedang rancak mendaki takhta carta lagu popular AS, Billboard dengan kedudukan terbaharu di tangga ke-18.
yunaa
Minggu lalu Crush berada di kedudukan ke-22 dalam kategori muzik Adult dan R&B. Yuna kini sedang sibuk menjalani pembikinan muzik video Crush yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Billboard merupakan carta lagu di AS yang mengukur tahap populariti sesebuah lagu itu dan kedudukannya berubah pada setiap minggu.




No comments

Powered by Blogger.