Header Ads

Kini resepi puding sumi pula viral selepas aiskrim sumi


4-Nora-Danish-Gayakan-Tudung-Jenama-Sendiri-Di-Iceland-ROTIKAYA


















ALAHAI rakyat Malaysia ini memang kreatif sungguh! Barangkali kerana cuaca panas melampau, bermacam-macam resepi pencuci mulut unik lagi menyelerekan kami jumpa di media sosial.

Jika sebelum ini, aiskrim sumi pernah viral dan memenuhi timeline Facebook. Kini tiba pula giliran ‘seangkatannya’ iaitu puding sumi.

Apa yang paling bestnya, resepi ini bukan sahaja sedap dimakan sejuk-sejuk tetapi pembuatannya juga semudah ABC! Senang cakap, anak-anak dara kita pun boleh cuba.

Ini saya ingin kongsikan resepi puding sumi;

Bahan-bahan

  • 1 Paket Agar2 Tali (37.5 gram)
  • 8 Cawan air
  • 1 1/4 Cawan gula pasir
  • 1 Tin Susu Cair
  • 2 Paket Sumi
  • Garam secubit

Cara-cara Penyediaan

1) Masakkan agar-agar hingga betul-betul hancur.
2) Masukkan gula dan kacau hingga gula hancur.
3) Masukkan seketul gula batu untuk elakkan agar-agar cepat berair.
4) Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati.
5) Perlahankan api.
6) Susun sumi di dasar acuan.
7)  Boleh curahkan agar-agar bila sumi dah melekat.
8) Lapiskan dengan lapisan kedua dan seterusnya (campuran air agar-agar dan pewarna).
9) Sejukkan dalam peti ais.
27capture-20150730-1613294-Nora-Danish-Gayakan-Tudung-Jenama-Sendiri-Di-Iceland-ROTIKAYA
Ermmm.. mengiurkan bukan? Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.