Header Ads

Kereta Barack Obama "The Beast" paling kuat dan selamat di dunia seolah-olah kereta kebal

Kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dikenali sebagai “The Beast”antara yang menarik perhatian rakyat Malaysia dalam kunjungan beliau ke negara ini.

Kereta model Cadillac One buatan General Motors keluaran 2009 disifatkan kenderaan paling selamat di dunia kerana mempunyai spesifikasi sangat khusus terutamanya dari aspek keselamatan untuk melindungi penumpang yang berada dalam kenderaan itu
gambar kereta obama the beast
Ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam kenderaan tersebut seolah-olah seperti sebuah kereta kebal.
Berukuran sepanjang lima meter dan berat lapan tan, boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden, ” The Beast ” turut dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.
Pada bahagian tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.
gambar kereta obama the beast di malaysia
Antara ciri lain yang terdapat pada The Beast, ia dilengkapi senapang “shot-gun” dan kamera penglihatan malam.
Di samping itu, kereta tersebut juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

No comments

Powered by Blogger.