Header Ads

Kenapa Orang Jepun menyusun botol air dihadapan rumah mereka?

Di Jepun, ada kediaman yang menyusun botol-botol air di hadapan rumah. Mengapa agaknya?

Kadangkala bila melawat ke Jepun, ada sesetengah pemilik kediaman meletakkan botol-botol air di hadapan rumah mereka. 
Ada 2 perkataan yang boleh jadi persoalan kenapa mereka letak botol-botol air ni di hadapan rumah. Jawapannya ialah  'kucing liar'.
Jepun tidak terlepas daripada masalah kucing liar/terbiar yang terlalu banyak di sesetengah kawasan termasuk bandar gergasi seperti Tokyo dan Osaka. Malah, di Jepun juga terdapat pulau yang majoriti penduduknya ialah kucing! Macam-macam idea kerajaan Jepun dah keluarkan untuk mengatasi masalah kucing liar, namun tak berjalan. Oleh itu, ada sesetengah penduduk yang mencuba teori baru dengan meletak botol-botol air di hadapan rumah untuk menghalau kucing liar.
Bagaimana ia berfungsi?
Bagaimana ia berfungsi?
Menurut penduduk Jepun, pada waktu malam kucing-kucing tidak berani mendekati kediaman mereka pada waktu malam untuk membuang air jika ada botol-botol air di depan rumah. Penulis asal artikel ini, Rasani Yashwanth di laman web Japan Info berpendapat botol-botol air ini akan menghasilkan refleksi yang menyebabkan kucing-kucing takut untuk mendekat bila terlihat wajah mereka di botol air.
Walaubagaimanapun, ramai yang menyanggah pendapat tentang botol air sebagai penghalau kucing. Ada juga sesetengah kucing yang tak kisah pun dengan botol air. Meow!

No comments

Powered by Blogger.