Header Ads

Kenali perbezaan cili-cili kering dan kegunaannya

Janganlah tahu makan je, meh lah ambil tahu sikit perbezaan cili-cili kering yang ada di muka bumi ini. Kami bukan nak kongsikan semua pun, ni 4 jenis dari beribu-ribu jenis cili yang ada. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Hidup cili!
1. Cili Kering Berkilat
12400992_961361887316512_1744450106248111488_n
Sifatnya, lurus, berkilat, banyak biji, tidak bertangkai dan warna merah menyala. Ianya sangat pedas dan mudah didapati di mana-mana keran harganya murah. Cili jenis ini tidak sesuai untuk menu ‘masakan panas’.
2. Cili Kering Kerinting
12928269_961361920649842_5582462488959068675_n
Sifatnya berkedut dan kecut, bertangkai banyak biki serta warnanya merah gelap. Cili ini kurang pedas, mudah untuk didapati keran amurah dan sesuai untuk semua jenis makanan.
3. Cili Kering Gemuk
941075_961361897316511_6170975933131420014_n
Sifatnya gemuk, berkilat, kurang biji, cilinya pendek-pendek dan warnanya merah kehitaman sedikit. Cili jenis ini susah didapati kerana harganya mahal. Paling sesuai digunakan utnuk memasak masakan yang berkonsepkan sambal seperti nasi lemak. Cili jenis ini banyak dijual di Pantai Timur.
4. Cili Kering Paprika
12924486_961361977316503_2098417359115439112_n
Sifatnya lurus, berkilat, banyak biji, bertangkai, warna merah menyala. Cili ini sukar didapati kecuali dalam bentuk serbuk dan ianya sesuai sangat digunakan untuk memasak kari atau tomyam.
Sumber: Facebook Resepi Sedap

No comments

Powered by Blogger.