Header Ads

Kebaikan biji selasih kepada kesihatan patut anda tahu

Kebaikan Dan Manfaat Biji Selasih Untuk Kesihatan

Kebaikan Dan Manfaat Biji Selasih Untuk Kesihatan
Biji Selasih amat sedap apabila dicampurkan dalam apa jua jenis minuman, ini kerana rasanya yang unik itu sememangnya menjadi kegemaran sesiapa sahaja. 
Biasanya biji kering atau biji selasih yang telah direndam di dalam air adalah amat mudah untuk diperolehi di pasaran tradisional atau di pasar-pasar raya, harganya juga sememangnya agak murah, ini adalah kerana anda hanya perlu membelanjakan wang berjumlah RM1.00 bagi setiap pek. 
1) Sebagai ubat herba untuk kesihatan
Biji selasih telah digunakan secara meluas untuk gabungan dan campuran beberapa jenis hidangan seperti air minuman jus, jus buah-buahan campuran ais, membuat puding atau agar-agar.
Ini kerana biji selasih  mengandungi banyak nutrien pekat seperti vitamin, karbohidrat, lemak, mineral dan serat yang penting untuk penggunaan yang sangat baik sebagai ubat pelega kepada masalah pencernaan, sembelit,  cirit-birit dan sakit tekak.
 2) Dapat mengawal tahap gula dalam darah
Biji selasih juga bertindak untuk mengawal tahap gula dalam darah tinggi di kalangan mereka yang mempunyai penyakit diabetes jenis 2. Ini kerana menurut beberapa kajian perubatan, biji selasih sememangnya boleh membantu untuk mengawal kandungan gula dalam darah agar sentiasa stabil.

Kebaikan Dan Manfaat Biji Selasih Untuk Kesihatan

3) Membantu atau mengatasi kebuluran
Biji selasih juga adalah sangat bagus untuk diberikan kepada mereka yang sedang melakukan diet, ini  kerana biji selasih dapat membantu mengawal  rasa lapar.
 4) Membantu masalah insomnia
Biji selasih adalah amat baik untuk mengurangkan kebimbangan atau masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah kegelisahan yang sangat berlebihan atau insomnia, dengan cara kerap memakan dan minum air biji selasih. Ianya adalah kerana  biji selasih mempunyai sifat untuk menenangkan.
 5)   Manfaat lain biji selasih
Menurut beberapa kajian perubatan, biji selasih juga boleh meningkatkan aliran darah, merangsang penyerapan, sebagai pembersih toksin dalam badan , melegakan demam, melegakan sawan pesakit dan meningkatkan daya tahan.

No comments

Powered by Blogger.