Header Ads

Inilah dulu wajah supercar pertama buatan Malaysia? Tapi....


Esna Vanere ketika diperkenalkan pada tahun 2006.











KIRA-KIRA 11 tahun yang lalu, industri automotif Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Esna Venere, iaitu nama yang sering dimomokkan sebagai supercar pertama Malaysia.

Esna Vanere adalah hasil cetusan idea Enasports Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diasaskan oleh seorang usahawan yang bernama Esmail Naziadin.

Esnasports pada asalnya merancang untuk dipertontonkan kepada umum dalam acara Geneva Motor Show 2006 dan menguji jentera tersebut dalam Le Mans 24 Hours Endurance Race pada tahun berkenaan.
keta6
keta4
Kereta ini dijangka dibuat terhad kepada 150 unit sahaja dengan 20 unit dilaporkan sudah mula ditempah pada tahun berkenaan yang mana dijangka dijual pada harga sekitar RM500,000 – RM800,000 seunit.

Mengikut perancangan Enasports, kereta ini sepatutnya dikeluarkan untuk pasaran pada tahun 2006 namun disebabkan namun disebabkan kematian pengasasnya, projek Esna Vanere telah ditamatkan serta-merta dan hanya menjadi sebahagian daripada sejarah permotoran negara.

Sejak itu, tiada siapa yang mampu menyiapkan kereta ini dan projek Esna Venere terkubur begitu sahaja. Bagi kami, agak malang sekali projek istimewa seperti ini tidak diteruskan kerana jika Esna Vanere direalisasikan, ia pastinya menjadi kereta ikonik kebanggaan Malaysia yang berkemungkinan mampu mencabar nama-nama besar dalam industri sport car yang lain seperti Porche dan Ferrari.

Spesifikasi Esna Vanere dilengkapi enjin 3.0 liter enam silinder superchargeddipadankan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau automatik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 300 hingga 350 hp.

Ia mampu mencecah kelajuan tertinggi sehingga 300km. Kereta ini juga amat ringan dengan berat hanya 1,080kg disebabkan penggunaan bahan komposit seperti aloi chromoly, aluminium sarang lebah dan gentian karbon.

Sistem suspensinya pula menggunakan teknologi double wishbone yang ditala oleh pakar tempatan dan luar negara.
Mungkinkah ada anak Malaysia yang ingin menyambung visi Esmail Naziadin ini suatu hari nanti?-MYNEWSWHUB.CC
Sumber: Autobuzz
kete1

No comments

Powered by Blogger.