Header Ads

Garmin Vivosmart HR 'jam tangan pintar' terbaik untuk senaman


Jika anda seorang yang aktif dan sentiasa mengutamakan kecergasan diri, Garmin Vivosmart HR adalah alat peranti pergelangan tangan pelbagai guna yang mesti dimiliki.
Dengan reka bentuk anggun jam tangan pintar dan ringan sehingga anda tidak menyedari sedang memakainya, Garmin Vivosmart HR adalah pemantau kadar denyutan jantung 24/7 yang terbaik pernah dihasilkan syarikat pengeluar alat Sistem Kedudukan Global (GPS). Disebabkan itu ia lengkap sebagai ‘rakan’ senaman anda.
Terima kasih kepada Garmin yang melengkapkan versi terkini Vivosmart HR baru itu berbanding yang lama dengan tekonolgi optik pemantau kadar degupan jantung iaitu yang sama didatangkan dengan produk perdana, Garmin Forerunner 235.
Garmin Vivosmart HR adalah ‘BFF (best friend forever)’ yang merakam dan merekod setiap langkah anda, tidur dan turun naik tangga selain mengawasi kadar denyutan jantung anda.
Di samping itu, ia akan memantau saat aktif dan tidak aktif anda. Setiap kali anda kurang bergerak, bar yang tertera di skrin sentuh LCD 2.54 sentimeter dengan 160x 68 piksel akan bertambah dan apabila ia penuh, sudah tiba masa untuk pemakainya melakukan sebarang aktiviti untuk menghilangkan bar berkenaan, ternyata ia amat berkesan sebagai pemberi ingatan supaya pemakainya sentiasa aktif.
Jangan bimbang walaupun dalam suasana gelap, ia dilengkapi cahaya skrin dan pemakainya hanya perlu meletakkan tapak tangan di atas skrin untuk mengaktifkannya secara automatik.
Keupayaannya memantau setiap degupan jantung tanpa menggunakan tali balutan di dada, itu adalah teknologi terkini daripada Garmin yang berupaya membantu merakam dan membaca setiap senaman kardio dengan menyediakan maklumat pembakaran kalori yang lebih mudah.
Menaiki dan menuruni tangga juga direkod menggunakan teknologi binaan dalam integrasi barometer serta altimeter.
Kelebihan Garmin Vivosmart HR bukan hanya sekadar pemantau kecergasan pemiliknya tetapi ia dilengkapi fungsi jam tangan, penggera selain memaparkan panggilan telefon, teks dan pemberitahuan e-mel.
Apabila peranti itu mahu dipakai sepanjang masa, sudah pasti ia dihasilkan dengan reka bentuk terkini dan anggun.
Tidak seperti jam tangan biasa, rekaan dan saiznya amat sesuai untuk lelaki tampil bergaya tanpa menghilangkan ‘kejantanan’ dan mengekalkan penampilan kewanitaan bagi wanita.
Reka bentuknya yang moden dan ringkas juga sesuai dipakai semua peringkat umur.
Sebagai peranti untuk individu aktif, Garmin Vivosmart HR adalah jam tangan kalis air dengan kadar 5 ATM (Tekanan Atmosfera), jadi, ia bukan masalah untuk dibawa berenang.
Sesuai dengan rekaannya untuk memberi motivasi kepada pemakai terhadap kecergasan yang lebih baik dan gaya hidup aktif, ia turut disediakan dengan aplikasi Garmin Connect boleh dimuat turun ke telefon pintar yang sesuai sebelum dihubungkan dengan teknologi Bluetooth.
Aplikasi itu membolehkan anda menyimpan, merancang dan berkongsi aktiviti kecerdasan anda selain memastikan anda mengatasi rekod sebelumnya.
Sambungkan dan bersedia untuk mencabar serta dicabar pengguna lain di seluruh dunia.
Untuk rekod pembakaran kalori secara terperinci, anda perlu membuka akaun MyFitnessPal dan hubungkan dengan akaun Garmin Connect bagi membolehkan anda membandingkan penggunaan kalori serta pembakarannya yang dirakamkan oleh Garmin Vivosmart HR sepanjang hari.
Harga peranti ini dijual pada RM699.

No comments

Powered by Blogger.