Header Ads

Gambar rahsia yang menarik di Korea Utara


LORI pikap putih membawa tentera Korea Utara tidak sedar gambar mereka dirakam.
Seorang jurugambar mengambil risiko untuk merakam beberapa siri gambar menarik di Korea Utara secara rahsia.
Michal Huniewicz sempat merakam gambar yang Kim Jong-Un tidak mahu anda lihat ketika melawat ke negara itu, sebelum memasukkannya ke dalam kad memori rahsia.
Tidak seperti bayangan indah yang disiarkan agensi berita negara itu, imej dirakam Huniewicz memberikan gambaran sebenar keadaan di dalam negara miskin yang dikawal seorang diktaktor.
Huniewicz memasuki Korea Utara dari China pada tahun lalu dan menggunakan khidmat pemandu pelancong, syarat yang dibenarkan untuk melawat ke negara itu.
Dia berjaya mengelak kawalan ketat penjaganya itu untuk merakam semua imej yang memberikan gambaran unik kehidupan seharian rakyat negara itu.
Ada yang dirakam sedang bekerja di ladang, sementara yang lain dilihat bekerja di Pyongyang, ibu kota Korea Utara.
Satu gambar menunjukkan tukang sapu menyapu laluan pejalan kaki sambil diawasi seorang anggota tentera di sebuah taman di Pyong­yang.
TUKANG sapu bekerja sambil diperhatikan anggota tentera.
Sementara, imej lain menunjukkan pelayan bekerja di sebuah restoran yang sepanjang masa menyiarkan propaganda di televisyen.
PELAYAN bekerja di restoran yang menyiarkan propaganda.
Satu lagi gambar borang kastam yang perlu diisi menunjukkan jenis barangan yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara.
Huniewicz mendedahkan, komputer riba turut diperiksa untuk memastikan tiada carian Internet bagi filem Hollywood ‘The Interview’ - komedi mengenai Kim Jong-Un diharamkan di Korea Utara.

Sumber - hmetro 

No comments

Powered by Blogger.