Header Ads

Gadis Dakwa Duit Tabung Haji RM30 Ribu Lesap Diambil PTPTN



ptptn2

Seorang wanita mendakwa wang simpanan di akaun tabung hajinya sejumlah RM30 ribu hilang dan mengetahuinya selepas Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa membuat penolakan ke atas wang itu.

Menceritakan insiden yang berlaku kepada keluarganya menerusi aplikasi WhatsApp, dia turut mendakwa pihak tabung haji tidak menghantar surat kepadanya terlebih dahulu sebelum membenarkan PTPTN membuat penolakan bayaran tersebut.

Wanita itu turut mendakwa hanya mengetahui perkara itu melalui pertanyaan kemaskini kepada badan tersebut dan kemudiannya terpaksa redha dengan perkara yang berlaku.

“Abah, kakak nak bagitahu abah duit tabung haji kakak hilang. RM30 ribu. Bila selidik dengan Tabung Haji, PTPTN ambil. Tak apa, mungkin ada hikmah dan rezeki lain yang Allah s.w.t nak bagi. Abah, mak titipkan doa buat kakak, abang dan Husna di sini, ya.

“PTPTN bertindak kasar. Bila telefon PTPTN dia cakap kakak dah bayar RM30 ribu. Itupun sebab kakak kemaskini buku tabung haji kalau tidak tak tahu sebab surat tak sampai, “tulisnya.

Keluarga wanita terbabit menasihatkan anaknya, supaya tidak sekali-kali mengundi parti Barisan Nasional yang mewakili kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jangan siapa sokong BN(Barua Najib) biar berkubur PRU14,”jawab bapa wanita tersebut.-SuaraTV

No comments

Powered by Blogger.