Header Ads

Faye Kusairi terkilan JAIS serbu rumah keluarga seperti teraniaya


Untitled












ALKISAH Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Ahad lalu telah bertindak menyerbu rumah keluarga pelakon Faye Kusairi, 29, yang terletak di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Selangor.

Insiden amat memeranjatkan dan penuh dramatik itu berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi setelah menerima aduan kes khalwat yang sebenarnya palsu. Susulan itu, Faye telah meluahkan rasa terkilannya terhadap kecuaian pihak berkuasa itu yang menyebabkan maruah keluarganya tercalar.

Pada masa yang sama, Faye memberitahu, dia berasa teraniaya apabila ada pihak membuat laporan palsu berkenaan insiden itu. “Tujuan saya bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, namun saya berasa teraniaya apabila keluarga diperlakukan sebegini.

“Malah, pihak si pengadu turut memberi jaminan kepada pihak JAIS untuk menanggung kos kerosakan sepanjang proses serbuan berlangsung. “Maruah keluarga saya turut tercemar apabila insiden terbabit disaksikan oleh jiran tetangga. Saya juga risaukan ibu saya yang menghidap darah tinggi.

“Saya ada hak untuk mengetahui siapakah pengadu itu kerana selain menjatuhkan maruah, saya juga risau akan keselamatan saya,” tegas Faye kepada BH OnlineMenurut Faye, ketika kejadian, kondominium miliknya itu didiami oleh ayah, ibu dan adik lelakinya. 

Manakala, dia tinggal di kediaman berasingan bersama rakannya. Faye juga telah membuat laporan polis berhubung keselematan dirinya selepas kejadian itu. 

No comments

Powered by Blogger.