Header Ads

Fatwa katakan ulat sagu haram dimakan? Lihat perjelasannya...!

ulatsagu1

Umat Islam diingatkan bahawa ulat sagu yang juga dikenali ulat mulong adalah HARAM dimakan. Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yassin berkata, keputusan fatwa bagi melarang umat Islam memakannya telah lama dibuat, namun mungkin ada yang tidak mengetahui perkara tersebut dan diharap agar tidak lagi terkeliru pada masa hadapan.

“Apabila kita berpegang kepada hukum dan membuat kajian, haiwan ini telah ditetapkan sebagai jenis ulat dan dalam hukum fikah, SEMUA ulat tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.

“Namun, ingin ditegaskan bahawa kita bukan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya, malah tidak mengganggu budaya mereka. Kita ada hukum agama masing-masing dan itu yang perlu diambil perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Bengkel Penyelidikan Fatwa dan Hukum 2015 di sini semalam.Bagaimanapun tambahnya, hidupan kejumah (temilok) boleh dimakan. “Keputusan fatwa membenarkan temilok dimakan oleh orang Islam adalah kerana haiwan itu bukan hidupan dua alam,’’ ujar­nya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, umat Islam juga tidak boleh menjalankan upacara ‘mi­ring’ atau mengikut ritual semasa Pesta Kaul kerana melibatkan kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

“Maksudnya di sini, orang bukan Islam tetap boleh meneruskan upacara itu tetapi orang Islam tidak sepatutnya melibatkan diri. “Tiada masalah untuk umat Islam menghadiri upacara tersebut tetapi untuk menjalankan upacara pemujaan itu yang menjadi masalah” ujarnya.

Rujukan : Utusan Online

No comments

Powered by Blogger.