Header Ads

Cuaca panas, Nestle kenalkan aiskrim baharu berperisa kopi "Caffe’ de Caramel"


IMG_5221













DALAM fenomena cuaca panas yang kini melanda Malaysia, paling syok dan ‘layan’ kalau dapat menikmati makanan sejuk beku seperti aiskrim.

Bagi pengemar kopi pula, ini mungkin berita gembira untuk anda kerana jenama aiskrim popular, Nestle’ telah memperkenalkan aiskrim baharu berperisa kopi iaitu, Nestle’ DRUMSTICK Caffe’ de Caramel!
IMG_5220IMG_5229
Rasa kopi yang diperbuat daripada biji kopi Robusta dan Arabika yang dilimpahi dengan sos karamel pastinya membuatkan sesiapa sahaja yang menikmatinya jatuh cinta.

Ditambah pula dengan kacang badam panggang dari California dan putaran sos coklat di dalamnya menjadikan aiskrim ini cukup mempersonakan. Berbeza dengan aiskrim keluaran Nestle’yang lain, aiskrim Caffe’ de Caramel ini disifatkan cukup istimewa kerana disajikan khas dengan kon berwarna coklat yang lebih ranggup.

Pendek kata, rasanya tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit membuatkan pengemar aiskrim berpuas hati hingga ke gigitan terakhir. Bagi yang ingin mencuba menikmati aiskrim baharu Caffe’ de Caramel ini boleh dapatkan di semua kedai di seluruh negara dengan harga RM2.90. – mynewshub 

No comments

Powered by Blogger.