Header Ads

Celcom tampilkan pelan prabayar MA4IC SIM- Call percuma, kuota internet lebih banyak!

Selang beberapa hari selepas Maxis memperbaharui pelan Hotlink Fast mereka, Celcom telah tampil dengan pelan prabayar MA4IC SIM mereka yang baru.
Apa yang menarik pada pelan MA4IC SIM ini adalah ianya hadir dengan kemudahan panggilan tanpa had kesemua nombor Celcom selain internet asas percuma.
Kesemua pelan internet terbaru yang ditawarkan dibawah pelan MA4IC ini dikenali sebagai MA4IC Reload dimana ianya terdapat pelan S(harian RM 8) , M (mingguan RM 18) , L (bulanan RM 38) , XL ( bulanan RM 48) dan XL2 (bulanan RM 68).
Bagi pelan harian dan mingguan, anda akan menerima 1GB kuota internet yang boleh digunakan pada bila-bila masa manakala pelan lain mempunyai pecahan yang boleh anda lihat pada jadual dibawah.
celcom MA4IC SIM
Selain itu, bagi pelan XL dan XL2 , pelanggan juga boleh membawa baki kuota internet mereka ke bulan seterusnya dan turut menikmati akses Yonder Music selama 12 bulan.
bagi pelanggan pelan XL dan XL2 , selain panggilan percuma ke semua nombor Celcom, mereka juga akan menerima panggilan percuma ke rangkaian lain ( 30 minit bagi XL dan 60 minit bagi XL2).
Pek permulaaan MA4IC SIM ini akan ditawarkan pada harga RM 10 dan ianya hadir dengan RM 6 kredit selain 200MB internet.
dengan pelancaran pek permulaan ini, pek permulaan MAGIC SIM akan dihentikan namun ianya ditawarkan sehingga stok masih ada.
Picture 1

No comments

Powered by Blogger.