Header Ads

Biasiswa JPA- Program Penajaan Bursary 2016

Biasiswa JPA – Program Bursary 2016 
Info Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi Program Tajaan Bursary sesi tahun 2016.
biasiswa jpa
PENGENALAN
Program Bursary Tahun 2016 adalah program penajaan ke atas pelajar cemerlang lepasan SPM yang memperoleh keputusan 9A+ dan ke atas bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan. Program ini merupakan kesinambungan Program Bursary yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun 2012 hingga 2015. Program ini diteruskan pelaksanaannya oleh JPA pada tahun 2016 secara one off sebelum dimansuhkan pada tahun 2017.
PENAJAAN
Sebagaimana pelaksanaan Program Bursary oleh Kementerian Pendidikan, penajaan adalah dalam bentuk biasiswa. Bilangan penajaan yang akan ditawarkan adalah sebanyak 250 tempat. Pelajar-pelajar yang berjaya akan ditaja mengikuti kursus persediaan di IPT dalam negara yang ditetapkan seperti di Lampiran A.
PERMOHONAN
Permohonan dibuka secara online di Portal eSILAhttp://esilav2.jpa.gov.my mulai 11 April hingga 30 April 2016.
SYARAT PERMOHOHONAN
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  3. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015 buat kali pertama;
  4. Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  5. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan
  6. Mendapat keputusan 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM 2015

No comments

Powered by Blogger.