Header Ads

Barang Perkakas Yang Perlu Ada Di Dalam Kereta


Apabila kita berjalan jauh, perkara paling utama adalah memeriksa kereta supaya telah diservis dengan baik. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku sepanjang perjalanan kita ke sesuatu tempat. Di sini saya kongsikan barang perkakas yang perlu anda bawa ketika hendak berjalan jauh dengan memandu kereta.


Kabel Jumper
Ini sangat diperlukan kerana, kalau tiba-tiba bateri kereta anda kong di tengah jalan, tak ke susah kalau tidak ada jumper. Kalau ada jumper senang untuk kita tahan mana-mana kereta lain yang sedang lalu untuk membantu kita.


Kit Kecemasan
Kit kecemasan bukan sahaja perlu ada di rumah, tetapi juga di dalam kereta. Sekurang-kurangnya apabila anda rasa tidak sihat seperti pening atau sakit belakang, ada ubatnya.


Tayar Spare
Pastikan anda ada tayar spare dalam kereta. Jangan lupa isi angin.



Jack & Lug Wrenches
Ini juga penting. Kalau sudah ada tayar spare, kalau tidak ada jack dan lug tidak guna juga. Kalau tire pecah, dua benda ini perlu digunakan.


Pam Angin Tayar Kereta
Kadang-kadang kita tidak tahu tayar kereta kita itu dalam kondisi baik atau tidak. Tidak semena-mena dalam perjalanan terlanggar benda tajam. Apabila ada pam angin, anda tidak perlu risau.


Playar Pelbagai Guna
Playar banyak kegunaannya. Pastikan anda simpan dalam kereta anda.


Segi Tiga Kecemasan Dan Lampu Suluh
Sediakan satu dalam kereta anda. Ia berguna sekiranya kereta anda rosak. LAMPU SULUHamat berguna jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada waktu malam.


Selimut Atau Lapik Nylon
Kalau kereta tiba-tiba rosak, anda hendak baiki, macam mana anda hendak baring. Nanti kotor pula pakaian anda. Itu gunanya selimut dan lapik nylon.


Duct Tape
Sekiranya ada wayar kereta anda hampir putus, duct tape adalah penyelamatnya. 


Minyak Hitam dan Air
Manalah tahu tiba-tiba minyak hitam anda habis atau bocor, anda sudah ada dalam kereta. Air juga sangat penting kerana kalau radiator tiba-tiba panas, itu kegunaannya.

No comments

Powered by Blogger.