Header Ads

Bagaimana cara renew roadtax kenderaan anda di pejabat pos

Kali ni saja nak share pasal cara nak renew roadtax kenderaan anda di pejabat pos. Namun kepada pelanggan yang masih ingin perbaharui cukai jalan di Pejabat Pos, disini diterangkan kaedah-kaedahnya. Peace… Semoga membantu…
RENEW ROADTAX / Perbaharui cukai jalan di pejabat pos
Apa itu cukai jalan? Ianya sejenis cukai yang dikenakan kepada pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk digunakan di jalan raya secara sah.
  1. Green card = Geran kenderaan motokar / motosikal
  2. Roadtax       = Cukai jalan
  3. Roadtax boleh diperbaharui / renew di negeri yang berlainan kecuali dinyatakan dalam sistem rujuk JPJ.
  4. Roadtax boleh diperbaharui di kaunter pos bergerak (POW) dan pejabat pos kecuali pos mini.
Nak renew roadtax kat pejabat pos  tapi tak tahu prosedur? Itulah sebabnya artikel ini dihasilkan. (Mulai 1 April 2015, sempena pelancaran GST, 6% GST turut dikenakan untuk setiap urusniaga renew roadtax, namun yang hanya diambil kira 6% tersebut ialah jumlah RM2.00 caj perkhidmatan).
Bermaksud, katakan roadtax kancil RM20.00 + RM2.00 caj perkhidmatan + 6% x RM2.00 = RM22.10 Jumlah yang perlu dibayar…
geran-cukai-jalan-roadtax-greencardgeran-cukai-jalan-renew-roadtax-di-pejabatpos
[gambar di atas merujuk green card yang dimaksudkan ]
Untuk memperbaharui roadtax korang di pejabat pos, ikuti langkah2 yang disediakan di bawah.
    1. Pastikan korang sudah memperbaharui terlebih dahulu insuran kenderaan / motosikal sebab memang mustahil untuk perbaharui roadtax sebelum insuran.
    2. Wajib membawa green card original yang berwarna merah jambu macam dalam gambar di atas apabila hendak memperbaharui roadtax kenderaan korang (Pada bahagian belakang geran tersebut akan diprint sebagai bukti korang telah memperbaharui roadtax secara sah di pejabat pos).
    3. Ambil no.giliran & tunggu dengan sabar sehingga no. korang dipanggil, kecuali pekerja di sana  menyuruh terus ke kaunter sahaja (biasanya bila mesin no.giliran rosak, no.giliran dah habis atau memang pejabat tersebut tak menggunakan sistem no.giliran).
  1. Kalau setakat nak perbaharui cukai jalan, tak perlu berikan/bawa sekali borang salinan insuran kenderaan korang kat kerani. Korang hanya akan membuatkan kerani tertanya2 samada korang nak perbaharui cukai jalan sahaja atau dengan insuran kenderaan sekali.
  2. Tempoh perbaharui cukai jalan ada dua sahaja, samada 6 bulan atau 12 bulan (setahun). Korang boleh terus memberitahu kerani tersebut tempoh yang korang inginkan atau tunggu kerani bertanyakan mengenainya.
  3. Sediakan jumlah bayaran yang secukupnya awal2 lagi supaya tak membuang masa korang & kerani tersebut. Jumlah bayaran korang boleh lihat/rujuk pada geran (Jangan terkeliru dengan jumlah bayaran untuk 6 bulan dengan 12 bulan dan perlu ditambah dengan RM2 “komisen”). Kalau tak pasti berapa jumlahnya, korang tunggu kerani tu nyatakan jumlahnya.
  4. Elakkan / Jangan kepilkan duit, atau apa2 kertas menggunakan stapler/ klip atau dilipat supaya kerani kaunter tak terkial2 nak mengasingkannya & mengelakkan duit/geran korang koyak, tak dapat nak diguna nanti.Kenapa nak kena asingkan? Sebab kat belakang geran tu nanti kerani kena print sebagai bukti korang dah perbaharui cukai jalan. Untuk rujukan JPJ.
  5. Kebiasaanya apabila korang bawa banyak geran untuk diperbaharui *khas bagi runner atau yang tolong kawan*, ini mungkin akan mengelirukan kerani kaunter tentang jumlah bayaran. Untuk memudahkan kerja kerani tersebut lagi-lagi yang  baru masuk bekerja, pastikan korang terlebih dahulu kira jumlahnya & tunggu sampai dia nyatakan jumlahnya.
  6. Pastikan piring cukai jalan (yang sudah diprint) dan diberikan kat korang betul & apa yang diprint juga betul (tempoh perbaharui), ada kes macam aku yang baru2 nak kerja, tersilap print piring cukai jalan kereta kat piring cukai motosikal. (Piring ni senang je nak kenalpasti/bezakan dari segi saiz dia). Pastikan juga apa yang diprint di belakang geran tersebut betul.
  7. Kalau ada baki duit dari jumlah bayaran, pastikan jumlahnya betul. Khuatir kerani tersebut tersilap beri jumlah sebenar samada terlebih atau terkurang. Kalau terkurang, korang janganlah maki dia. Sebab dia pun manusia, buat silap tu biasa la. Tapi cakap dengan dia baik2, dan tunjukkan bukti yang dia terkurang/lebih beri baki. Ucapkan terima kasih setelah urusan korang berjaya diselesaikan. Budi bahasa kan budaya kita? ;p
P/s: Harap2 tips kat atas tu dapat membantu mempercepatkan urusan renew roadtax korang di pejabat pos.
Perhatian!
Urusan renew roadtax perlu dilakukan di pejabat JPJ apabila;
  1. Kalau dah genap setahun atau lebih korang tak perbaharui cukai jalan (boleh rujuk bahagian belakang geran, tengok tarikh terakhir korang renew roadtax).  Jangan buang masa korang pergi ke pejabat pos, memang takkan dapat punya. Sebab memang tak dapat nak di key-in dalam sistem. Kerani kaunter pun akan cakap benda yang sama gak, suruh korang pergi ke pejabat JPJ.
  2. Rujuk gak bahagian belakang geran tu, kalau bahagian atas yang bernombor tu (petak rc namanya) dah penuh, dan bahagian bawah pun dah penuh [kecuali bahagian tengah belakang geran], terus pergi ke JPJ tukar geran baru. Sama gak bagi kes geran yang dah kabur, tak dapat nak dibaca apa yang tertulis kat geran tu, atau koyak ke, hilang ke.
  3. Kalau kerani kaunter pejabat pos beritahu korang yang kenderaan korang disenaraihitamkan atau rujuk JPJ, ada dua sebab je samada disebabkan korang dah genap setahun tak perbaharui cukai jalan atau ada saman yang korang belum bayar. Ada kes di mana walaupun saman dah dibayar, tetapi di dalam sistem JPJ belum dikemaskini. Kalau tidak silap, ianya mengambil masa 3 hari atau mungkin lebih. Sila rujuk pihak JPJ untuk maklumat yang lebih tepat.
  4. Kalau kenderaan korang jenis Rigid-decon hanya dapat diperbaharui di JPJ). Kat Pejabat Pos memang tak dapat sebab tiada dalam sistem.
Apa beza piring LKM Motosikal dengan LKM Motokar?
cukaijalan-piring-lkm-motosikal-renewroadtaxdipejabatpos
(Kat atas ni, Piring LKM Motosikal)
cukai-jalan-LKM-Memandu-renewroadtax-dipejabat-pos
(Yang ni pulak Piring LKM Motokar, sekarang dengan design baru dan resit dicetak secara berasingan)
borang-resit-urusanjpj-posjpj01-prosedurbaruurusanjpj
Resit Pos JPJ 01 – ni lak resit yang korang akan terima selepas urusan berjaya diselesaikan.
Koleksi soalan pelanggan
    • Boleh tak renew roadtax menggunakan salinan fotostat greencard? – Tidak boleh. Mesti bawa geran asli.
  • Berapa jumlah bayaran untuk perbaharui cukai jalan? – Jumlah bayaran bergantung kepada jenis kenderaan, keupayaan enjin dll. Kalau tak pasti jumlahnya, tunggu sehingga kerani kaunter nyatakan jumlahnya. Kalau korang nak jimat, elakkan guna kereta mahal macam Mercedes, aku pernah uruskan pasal cukai jalan pelanggan, kereta dia Mercedes, cukai jalan setahun je dah nak dekat RM4k! *Jumlah bayaran boleh dirujuk pada depan atau belakang geran*
  • Bila boleh mula renew roadtax & selewatnya bila? - Cukai jalan boleh diperbaharui 2 bulan /60 hari sebelum tarikh luput, dan selewatnya sehari sebelum genap setahun tak diperbaharui.
  • Boleh tak renew roadtax tanpa perbaharui insuran kenderaan terlebih dahulu? - Tak boleh. Sebab bila di key-in dalam sistem, akan keluar amaran “einsuran tidak sah/wujud”. Dan ianya akan tetap macam tu selagi insuran tak diperbaharui terlebih dahulu. Sistem akan secara automatik menghalang cukai jalan diperbaharui. Sama juga walaupun korang gi pejabat JPJ, diorang akan suruh perbaharui insuran kenderaan terlebih dahulu.
  • Boleh tak renew roadtax lebih dari tempoh setahun? – Tak boleh. Tempoh yang ada dalam sistem cuma 2, samada 6 bulan atau 12 bulan (setahun). Dan bagi setiap 6 bulan, insuran tidak boleh kurang dari 14 hari / 2minggu, kalau tak bagi tempoh 6 bulan tak dapat diperbaharui. Tempoh insuran perlu ditambah semula dengan cara pergi ke ejen luar. Memang dah di-setkan dalam sistem macam tu, tak dapat nak ubah. Jangan minta perbaharui cukai jalan lebih dari setahun kecuali korang nak kena gelak oleh kerani di sana. 
  • Kalau greencard ditahan oleh pihak bank sebab kenderaan masih “under loan”?Macamana? - Kalau kenderaan korang “under loan”, geran kereta korang ditahan oleh pihak bank & yang ada cuma salinan photostat, pergi ke bank & bagitahu diorang korang nak perbaharui cukai jalan, perlukan geran original. Takde yang original, tak boleh nak perbaharui cukai jalan, bagitahu je macam tu. Diorang pun sememangnya faham.
  • Boleh tak bayar renew roadtax dengan cek atau kad kredit? – Maaf. Buat masa sekarang, pejabat pos cuma menerima wang tunai sahaja untuk urusan JPJ, perbaharui cukai jalan dan perbaharui lesen memandu.
  • 1. Bagi kes seperti roadtax telah lebih setahun tidak diperbaharui, ada dua punca samada korang betul-betul dah lebih setahun tak renew roadtax atau sewaktu korang renew roadtax kali terakhir (rujuk belakang geran), maklumat korang renew roadtax gagal dihantar ke JPJ. Bermaksud kat sistem JPJ memang belum dikemaskini. Apa yang perlu ialah minta surat pengesahan dari pejabat pos tempat korang renew sebelum ni dan bawa surat itu ke JPJ untuk urusan kemaskini dan terus renew roadtax kat sana kalau dapat. Pastikan insuran telah diperbaharui terlebih dahulu.
  • 2. Bagi yang betul2 dah setahun tak renew, korang kena pergi ke puspakom terlebih dahulu untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan korang samada selamat digunakan atau tak. Lepas tu renew insuran kenderaan/motosikal , baru pergi ke JPJ. Insyaallah semuanya selesai. Bagi motosikal je tak perlu ke puspakom, terus ke JPJ.
* Note kalau nak lebih sahih pergi tanya JPJ terus....info sedikit sebanyak bagi fahami saja.

Sumber - insurankereta.com 

2 comments:

Powered by Blogger.