Header Ads

Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) platform cari tempat makan terbaru



Kini penonton Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) tidak perlu risau lagi jika terlepas mencatatkan butiran tempat makan yang dilawati oleh produksi JJCM khususnya alamat kedai kerana kini anda boleh menyemaknya di aplikasi JJCM.
Ia adalah aplikasi mudah alih yang menjadi platform ulasan mengenai tempat makan terbaru dan paling popular di bandar, membolehkan pengguna mengambil bahagian dengan menghantar komen mereka sendiri mengenai masakan sesebuah restoran dipaparkan.
Malah, dengan kecanggihan teknologi, penonton setia JJCM juga boleh menyemak segala maklumat berkaitan restoran dikunjungi JJCM termasuk alamat bersama gambar restoran, menu masakan, nombor telefon serta waktu operasi.
Di sini anda juga boleh menyaksikan senarai restoran pilihan pelanggan dengan jumlah ‘like’ yang diberikan selain kedai makan pilihan JJCM.
Selain itu, dengan membuka GPS pada peranti pintar masing-masing, pengguna turut boleh menyemak restoran berdekatan anda.
Sambil menikmati kemudahan yang disediakan Media Prima Digital ini, pengguna juga akan menerima tawaran eksklusif yang tidak boleh diperoleh di tempat lain.

No comments

Powered by Blogger.