Header Ads

Apa pilihan anda? Astro vs Netflix vs Iflix di Malaysia

Astro Vs Netflix Vs Iflix di Malaysia? Rakyat Malaysia Pilih Yang Mana Satu?
astro vs netflix
Dalam apa-apa industri sekalipun, perlu ada persaingan.
Supaya penyedia perkhidmatan panas punggung dan menghargai pelanggan mereka dengan memberikan servis yang terbaik, rancangan yang lebih berkualiti pada caj yang tidak membebankan dan juga rancangan yang tidak berulang-ulang. Ermmm….
Semua sudah sedia maklumkan syarikat perkhidmatan video stream dari Amerika Syarikat Netflix Inc yang bernilai $42 bilion ini sudah mula meluaskan empayarkan jaringan perkhidmatan ke seluruh dunia baru-baru ini. Satu jenama yang tidak perlu diterangkan lagi.
Saya tidak merasakan dengan kehadiran Netflix bakal menyebabkan Astro jatuh terduduk. Cuma…..

Netflix Vs Astro di Malaysia? Segmen Pelanggan?

  • Cuma yang pastinya saiz pasaran di Malaysia yang berjaya direbut oleh Astro pada ketika ini bakal digugat kuat oleh Netflix dan tidak lupa Iflix untuk rancangan-rancangan
  • Astro masih ada kekuatan bagi program rancangan Gegar Vaganza, Feae Factor, AF, Maharaja Lawak, channel bola sepak
  • Astro masih lagi menjadi pilihan utama di kawasan pedalaman dan orang kampung sangat bergantung kepada Astro untuk tonton berita Astro Awani pukul 8 malam. Pakai aerial tulang ikan, tidak terang katanya, terpaksa langgan Astro juga.
  • Netflix akan menjadi pilihan terbaik bagi peminat movie dan filem dari negara luar dengan Full HD dan 4k berserta bunyi 7.1 Surround
Kita akan melihatkan setahun, dua tahun lagi landskap yang melibatkan media berbayar sepertimana yang berlaku di Amerika Syarikat pada ketika Netflix mula dilancarkan di Amerika Syarikat sekitar tahun 2007.
Unifi pun sekarang sudah partnership dengan iFlix. Yang sudah ada unifi boleh tonton iFlix free selama tempoh 1 tahun.

No comments

Powered by Blogger.