Header Ads

9 Kereta mewah polis paling termahal dan terhebat di dunia

Pasukan polis adalah sangat penting dalam mana-mana negara. Maka tidak hairanlah jika negara-negara moden meningkatkan perkhidmatan polis mereka dengan peralatan terkini, senjata, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjaga keselamatan negara. 
Tetapi apabila sampai ke bab kereta, beberapa negara sanggup membelanjakan sejumlah wang yang tidak masuk dek akal untuk membeli kereta mewah bagi pihak polis.
Berikut adalah 9 kereta polis yang termahal dan termewah di dunia.
#9. Amerika Syarikat - Dodge Charger Police Interceptor:  USD 46,000
Ini adalah kereta polis yang paling laju di Amerika Syarikat. Pelbagai model telah diubah suai untuk kegunaan polis tetapi kereta ini yang terkini dengan kelajuan enjin V8 mampu menggunakan kuasa kuda 292 dan kelajuan tertinggi 147mph.
#8. Australia & UK – Lotus Exige Cruise USD
Kereta ini dibina dengan enjin 220 kuasa kuda yang boleh memberikan kelajuan tertinggi 140mph. Bukan calang-calang polis yang boleh memandu kereta ini. Mereka akan ditapis daripada beratus-ratus pegawai polis melalui latihan yang sukar.
#7. Austria – Porsche Carrera 911: USD 95,000
Boleh bergerak dengan kelajuan 186mph, Porche Carrera 911 ini adalah salah satu kereta paling laju bukan sahaja dalam Pasukan Polis Austria, tetapi juga di dunia.
#6. Abu Dhabi – Nissan GT-R: USD 100,000
Nissan GT-R adalah salah satu kereta polis paling berharga di Abu Dhabi. Namun kereta ini hanya digunakan untuk mengejar penjenayah atau operasi penyamaran.
#5. Qatar – Porsche Panamera USD 175,000
Anda mungkin akan melihat banyak kereta Porsche di Qatar. Bukan sahaja untuk kegunaan orang awam tetapi kereta rasmi seperti Polis. Porsche adalah nombor satu dalam list kereta di Qatar kerana kerajaan mereka merupakan pemegang saham Porsche. Qatar juga mempunyai motosikal BMW dan Toyota Land Cruiser V8s sebagai kenderaan peronda.
#4. Afrika Selatan – Lamborghini Gallardo USD 248, 000
Nama pun Lamborghini kan. Tiada apa yang boleh menyaingi kereta Lamborghini Gallardo polis di Afrika Selatan ini. Dibina dengan enjin V10 yang boleh menjana 570 kuasa kuda dan boleh pergi sejauh 476 mph. selain Afrika, Itali dan United Kingdom juga mempunyai kereta ini sebagai armada mereka.
 
#3. England – Lamborghini Murcielago USD 380, 000
Kereta Lamborghini Murcielago ini telah diubah suai untuk kegunaan polis. Enjin V9, 10 silinder yang menggunakan 550 kuasa kuda boleh mencapai kelajuan tertinggi iaitu 199mph.
#2. Germany – Mercedes-Benz Brabus Rocket USD 580, 000
German memang terkenal dengan pengeluar kereta-kereta mewah dan laju. Jadi tak hairanlah polisnya juga menggunakan kereta yang mewah. Mercedes Benz Brabus Rocket CLS dikuasai enjin V12 Biturbo memberikan kelajuan sejauh 228mph.
#1. Dubai – Bugatti Veyron USD 4 juta
Antara kereta termahal di dunia dan digunakan sebagai kereta polis di Dubai. Boleh pergi sejauh 267mph yang mana bukan sahaja kereta termahal tetapi juga terpantas. Sayangnya, kereta ini bukanlah digunakan untuk mengejar orang jahat tetapi sebagai paparan kekayaan Dubai.
 

No comments

Powered by Blogger.