Header Ads

7 Buah kereta pemimpin negara yang termewah dan termahal dunia

Setiap kali pemimpin melintas dengan kereta yang diiringi oleh pihak polis trafik pasti mata rakyat tidak terlepas dari menatap kereta yang digunakannya untuk urusan rasmi kerajaan.

Kereta pemimpin negara merupakan salah satu kemudahan yang mempunyai ciri-ciri yang mampu menjamin keselamatan dari pemimpin negara tersebut. Apa yang pasti kenderaan tersebut boleh mencapai jutaan ringgit atau pun dolar bagi membayar harga keselamatan untuk seorang pemimpin.

Di bawah ini merupakan kereta paling mahal di dunia yang pernah direkodkan. Bolehkah anda dapat menaikinya suatu hari dan bersiar-siar dengan pemimpin yang anda kagumi?

Amerika Serikat – Cadillac One
keretapresidenamerika

Ini adalah kereta milik presiden Amerika Syarikat. Ia dibuat oleh kilang General Motors dan dengan badannya adalah kalis peluru. Di dalamnya mempunya simpanan darah dan tabung oksigen yang dapat digunakan dalam keadaan darurat. Harganya…USD15 juta. Sungguh mahal.

Ratu Britain – Bentley State Limousine
keretaratubritain

Pada kedudukan kedua pula, kereta paling mahal di dunia ini dimiliki oleh Ratu Elizabeth. Kereta yang dikeluarkan dari kilang Bentley ini diperkirakan dijual dengan harga mencapai US$ 15 juta.

China – Hongqi Limousine
keretachina

China menduduki urutan ke tiga dalam daftar kereta termahal didunia. Hongqi limousine ini merupakan kereta termahal di China yang dijual dengan harga mencapai US$ 801,624.

Vatikan – Mercedes-Benz M-Class
keretabishop

Kereta keluaran khusus Mercedes Benz menduduki tangga ke empat dalam daftar kereta termahal didunia. Kereta yang sengaja direkabentuk untuk membawa ketua biskop berharga bergerak ke destinasi rasmi urusannya. Mahal juga harganya lebih kurang USD525,700.

Thailand – Maybach 62 Limousine
keretathailand

Yang ke lima pula Maybach 62 Limousine yang merupakan kereta rssmi untuk raja Thailand Bhumibol Adulyadej dan keluarganya. Kereta ini dilengkapi dengan ciri-ciri elektronik seperti sistem DVD dan VCD, peti sejuk, dan set permainan video. Tak hairan jika harga kereta ini mencapai US$ 500.000.

PM Britain -Jaguar XJ Sentinel
keretapmbritain

Selanjutnya adalah kenderaan utama yang digunakan oleh Perdana Menteri Britain. Kenderaan ini dilengkapi dengan badan kalis peluru dan senjata tersembunyi serta mesin super canggih V8 engine. Harga kereta ini mencapai USD455,100.

Malaysia Maybach 62
keretapmmesia

Yang terakhir diduduki oleh negara Malaysia. Kereta kenegaraan milik Perdana Menteri Malaysia ini dinilai dengan harga US$ 394,000 atau setara dengan RM1,669,003. Ia dilengkapi dengan ciri canggih seperti kerusi setaraf kelas perniagaan yang dilengkapi dengan meja berkelah dan pelbagai lapisan alat keselamatan.

No comments

Powered by Blogger.